Setelah penat 'belajar' bagi menghadapi peperiksaan SPM, kini tiba masa untuk bercuti.
Menenangkan diri katanya.
tapi, belajar ke ? ha, itu yang kita tak tahu.
jadi, ke mana saya kali ini ?
ayuh, teruskan membaca.
Hari Pertama :
bangun pada pukul 4 pagi dek kapal terbang ke Kuala Lumpur akan berlepas pada pukul 7 pagi.
jadi, dengan mata yang berat namun hati yang ceria, digagahkan jua ke tandas untuk mandi demi bangsa, negara dan CUTI.
setelah semua sudah siap, ayuh kita bergerak ke lapangan terbang Senai.
dan selepas itu, ke KLIA.
dan seterusnya ke lapangan terbang Penang.
dan seterusnya ke Port Frank Swettenham.
dan lamputingginya,
Superstar Libra !
selepas kedebak kedebuk kedebik, kami pun naik.
dan di dalamnya,
dan di atasnya,
ya, nampak abangkapal tengah cek makanan tu ?
kini tiba masa untuk BiBiQue !
selepas perut kenyang, kita kentut la.
eh, bukan, melayan perasaan.
sambil melihat matahari terbenam.
perut dah kenyang.
matahari dah terbenam.
badan dah penat.
jadi, kita lenakan diri.
dan disebabkan ini kali pertama menaiki kapal, goyangan itu terasa.
sehingga jalan pun menjadi zik zek.
Hari Kedua :
kapal sudah berlabuh di Phuket.
turun.
naik bas.
berjalan ke tempat menjual, err, lupa.
dan ke Fun Land.
menembak.
naik gajah.
dan akhir sekali go kart.
tetapi, disebabkan hujan lebat, hasrat itu terpaksa dibatalkan.
cis.
terkubur niat mahu berlumba dengan Michael Schumacher.
setelah puas melihat litar go kart itu sahaja, naik bas kembali.
terus ke Patong Beach.
makan tengah hari.
cari baju.
berjalan.
dan naik bas kembali untuk ke kapal.
dan disebakan kami sampai ke kapal pada pukul 6 dan kapal hanya akan berlayar pada pukul 10, jadi, kami menghabiskan masa di dalam kapal.
dan itu sahaja.
Hari Ketiga :
bangun pagi.
sarapan.
dan melepak lagi di ats kapal.
kapal berlabuh. bukan mendarat.
di tengah laut.
ya, di tengah laut.
dan kami ke darat dengan menaiki bot.
dan naik bas.
ke Botanical Park.
dan ke tempatsembahyang Buddha.
yang ada Sleeping Buddha panjang.
dan banyak monyet.
selepas itu, ke JAMES BOND ISLAND.
tetapi di dalam perjalanan, dihalang oleh hujan lebat.
di tengah laut.
jadi, kami ke Muslim Village.
iyalah, tak kan mahu tenggelam di tengah laut ?
dan hujan reda.
dan perjalanan diteruskan.
akhirnya, sampai.
bertangkap gambar dan berfeeling James Bond.
dan naik bot kembali.
dan naik bas.
dan balik ke kapal.
dan badan dah penat.
makan.
tidur.
habis lagi.
Hari Ketiga :
tiba masa untuk kembali ke Penang.
o man !
bangun bangun dah nampak Penang.
o tidak.
maksudnya dah habis cuti.
o tidak !!!
jadi, sisa masa di atas kapal dimanfaatkan dengan merayau di ats kapal.
dan sarapan.
dan pada pukul 10, kapal sudah berlabuh di Port Frank Swettenham.
maksudnya, sudah habis perjalan cuti saya kali ini.
tetapi ...
kami ada baki dua hari lagi untuk bercuti, jadi, kita merayau di Penang pula !
Hari Ketiga :
sesudah lepas imigresen, kami terus mencari hotel.
dan jumpa.
tetapi dek penat, kami mengambil keputusan unuk hanya berehat di dalam bilik.
dan tiada apa yang dilakukan pada hari itu.
Hari Keempat :
disebabkan penerbangan ke Johor hanya akan berlepas pada pukul 5, kami mengambil keputusan untuk merayau di Penang pula.
kami ke tempatsembahyang Buddha yang terbahagi kepada dua.
satu dari Thailand. dan satu lagi dari Burma.
dan seterusnya ke Bukit Bendera. dan sebelum itu, ke NASI KANDAQ.
sesudah mendaki Bukit Bendera itu, dengan menggunakan kereta api, jam sudah menunjukkan pukul 1 petang.
jadi kami ke Snake Temple. yang berdekatan dengan lapangan terbang Penang.
sesudah bertangkap gambar dengan ular pelbagai jenis, kini tiba masa untuk ke lapangan terbang.
o man.
hati berat untuk meninggalkan Penang.
kerana, sudah mahu pulang ke Johor.
yang bermaksud, cuti dah habis.
dan akhirnya, penerbangan ke Johor dah berlepas.
tadi saya ada cerita yang mengatakan badan terasa bergoyang ketika kali pertama di atas kapal, bukan ?
hari hari seterusnya, semua perkara itu telah menjadi perkara biasa.
namun, setelah kembali ke daratan, goyangan itu menghantui.
sehingga kini.