Memaparkan catatan dengan label Perang belum tamat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perang belum tamat. Papar semua catatan

Khamis, 26 Januari 2012

Nukilan Sebelum Perang III. Tamat.

Sekarang, bilik tidur dah macam medan perangtakrasmi.


Bersepah sana-sini buku. Walaupun bersepah, helaian yang diselak masih lagi belum diselak. Cap jari masih lagi tidak melekat di muka surat bahagian belakang buku itu. Dakwat highlighter pula kering hanya disebabkan terdedah kepada iklim panas negara ini.


Tapi, yang penting buku itu masih diselak walaupun dengan semangat yang tidaklah berapa jitu. Ada juga fakta-fakta yang menjadi memori jangka panjang dalam otak ni. Ok lah tu.


Ni lepas SPM, kira habislah perang.

Nukilan Sebelum Perang II .

Ramai ramai lari laju laju mencari sebuah keputusan yang mahu dibanggakan di hari tua nanti. Dan keputusan yang bakal menentukan kerjaya masa depan. Kerjaya tetap yang dicita dari sebelum akil baligh lagi. Bahkan sebelum mumaiyiz. Semua yang diterima dari saban tahun dalam usia persekolahan yang telahpun berusia 11 tahun, jangka masa yang bukan singkat, akan dicurahkan segalanya bagi menggapai keputusan yang mahu dibanggakan kelak.


Diri sendiri bangga. Ibu bapa bangga. Keluarga saudara mara bangga. Atuk nenek bangga. Ramai yang akan bangga. Hingga koyak seluar dek kerana kebanggaan itu. Dan juga bahagian dada.


Tapi, aku tersedar. Kalau aku tak belajar dari sekarang, saat aku tulis kiriman ni atau masa sebelumnya dan selepasnya, bila masa aku nak dapat keputusan yang boleh dibanggakan ?


Jadi, ... ( konon tergantung, kira macam aku terus baca buku lepas jauhkan papan kekunci dari tangan aku cepat cepat, tapi ... aku masih menulis ni)

Isnin, 2 Januari 2012

Entri Sebelum Perang.

Sekarang dah hari Selasa. Kira ikut kalkulator ataupun kira satu-satu hari dekat kalendar pun sama juga hari yang tinggal, 6 hari. Dari awal tahun, sekolah dah mula sogokkan alam minda semua pelajar, yang SPM tahun ini. 


Tapi, macam biasa, macam manusia biasa, mana nak dengar cakap. Dibuatnya Tingkatan Lima ni macam tahun untuk bermain taman permainan di hadapan rumah. Ha, tipu. Depan rumah aku mana ada taman permainan. Belakang ada lah. Depan ada Umall. 


Tapi, itu cerita lain. 


 Dah minggu terakhir sebelum SPM ni lah, baru sibuk nak sepahkan katil, meja, otak, beg dan macam-macam lagi dengan buku dan fakta daripada buku yang dibaca untuk disimpan rapi dalam memori otak supaya menjadi memori jangka panjang. Jika tidak menjadi memori jangka panjang pun, cukuplah jika dapat menjadi memori sementara sempena SPM. 


 Haih, entri stress lagi.