Rabu, 3 Ogos 2011

( VIDEOCURI ) (Super Junior 슈퍼주니어_Mr.Simple_TEASER MOVIE1


kali ini, masih sengaja.
sengaja mahu menarik perhatian wanita wanita sekalian.

jika ada nasib, mungkin wanita Korea yang diidam-idamkan juga akan menjengah ke blog ini.
mana tahu ?

dan ya, jika anda perasan, lelaki selepas lelaki bercermin mata itu, adalah SAYA. tak tipu.

selamat ( berdoa-anda-dapat ) berpuasa.

Kini, telah masuk hari ketiga untuk umat manusia beragama Islam berpuasa. tapi, tak tahu pula saya bagi mereka yang berlawanan jantina daripada saya. Mungkin hari pertama bagi mereka.

apa makanan yang telah ditelan oleh anda selama kita berpuasa tiga hari ini ?
perut anda kembung bukan ? kerana menelan air sejag walaupun masa sahur tadi pun anda minum air sejag. ok, terezejeret pula.

bagaimana pula dengan makanan yang dibeli di pasar/bazar Ramadhan ?
habiskah ? atau dibuang sahaja ke dalam tong berdekatan ? atau dibawa ke sahur ? tak basi kan ?
boleh makan lagi la tu.

sebenarnya, saya puasa.
ya, saya tahu, ayat di atas tak kena.