Isnin, 26 Mac 2012

Bakal Isteri.

Lepas Lisa Surihani pergi meninggalkan hati, meninggalkan sepi untuk diri ini, pergi bersama Yusry, kini Scha pula mahu meninggalkan aku untuk bersama dengan Awal. Siap melamar di kaca televisyen lagi, apalah nak dibandingkan dengan aku.

Aku hanya mampu menjanjikan yang aku mungkin akan melamarnya di awan biru kelak. Tapi, apakan daya.

Jumaat yang lepas juga, gegadis Korea, Girl's Generation singgah di kota Kuala Lumpur untuk menghadiri konsert di KLCC sempena F1. Oh ya, Alonso menang F1 semalam. Kenal?

Selalunya, kalau Taeyeon (baca : bakal bini merangkap ahli kumpulan Girl's Generation, kalau tak kenal lah) nak berjalan, dia bagitahu dahulu. Tiba-tiba haritu, dia lupa nak bagitahu. Mungkin tergesa-gesa sebab mereka adalah artis yang menggantikan artis yang tidak dapat membuat persembahan disebabkan tidak mengikut peraturan. Mungkin.

Tak apa, aku maafkan.

Lepas ni, Taeyeon jangan buat lagi ok ?

Kakipunyanota : Taeyeon, IU, Jiyeon, Suzy, Boram, Uee, Jiyoon, Ailee, sila tunggu abangmu ini.

Ahad, 25 Mac 2012

Masuk U.

Walaupun kerjaya yang aku dambakan adalah untuk menjadi juruterbang berjaya, tiada salahnya jika saya dengan malu-malu dan segan melangkah ke Persada untuk melihat-lihat keadaan di Persada semalam.

Hoi, penuhnya, macam nak masuk taman tema Sunway, cuma kurangnya tak ada air pancut mahupun gegadis kebasahan. Basah sebab peluh iya la kot. Eh ada air-com. mana mungkin berpeluh. Cuma bila dah ramai budak-baru-lepas-ambil-keputusan-SPM berkumpul ramai-ramai dalam satu tempat, aku yang dah pakai minyak wangi Adidas ni pun terus bau lain. Betul, aku baru beli perfume Adidas tu tempoh hari. Semata-mata nak ke Persada.

Aku melilau ikut kawan menanyakan apakah kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan. Berbekalkan 1A+ 4A 5B+, aku melihat-lihat apa yang patut.

Dan ada benda yang aku nampak. Ramai-ramai betul budak bukan lepasan sekolah yang buat lawatan ke Persada ni. Patutnya tak payahlah, tunggu lah tahun depan, kesian abang-kakak yang baru dapat keputusan ni kena bersesak-sesak macam nak masuk Cosmo's World dengan adik-adik semua.

Dan, tak payahlah dalam tempat sesak macam tu pun, nak kena bawa DSLR lepastu tangkap gambar dekat tiang dalam Persada tu.

Kakipunyanota : Aku nak jadi juruterbang.
Kakipunyakakipunyanota : Aku punya gaya penulisan ni patutnya dapat A+ masa SPM ni, semua salah penanda!