Jumaat, 20 Jun 2014

Dark day.

Kau dan aku, berdua di bawah bintang yang sama, walaupun kita jauh, hati kita masih sama
Aku cuba. 

Walaupun kita jauh.
Tapi kau tetap memilih yang tidak kurang lebih dari aku.
Yang lebih dekat dengan kau.

Aku tahu salahku. 
Salahku hanyalah aku jauh dari kau.
Awan berarak hitam dari utara melintas kepala aku.
Seperti hitamnya jiwaku, kecewa dengan pilihanmu.

Kenapa Taeyeon, kenapa?

Rabu, 28 Mei 2014

Dua.


Tak pernah cukup satu.

Banyak kali dah dengar tapi aku pekakkan telinga, bisukan mulut, butakan mata. Tapi itu dulu, zaman tak matang. Zaman kira dua darab tiga pun dapat 5 setengah. Zaman budak darjah enam tak pegang Iphone ataupun Note 3 kat tangan. Zaman bila lepas PJ kena pakai baju sekolah berpeluh, cikgu cakap tak selesa pakai baju PJ masa belajar dan pelajar semua macam, WATDEHEL?

Zaman aku makan McD mesti dua burger. Yang pasti FiletOFish bersama McChicken kesayangan.