Ahad, 28 April 2013

#IronMan3

Dalam hidup yang kalau politik mesti kena kutuk, kalau artis Malaysia mesti kena perli, kalau dengar lagu dari Korea mesti orang kata apahal tak faham, dan juga susah nak cari girlfriend, semua orang mesti ada cita-cita.

Oh ya, aku pun ada cita-cita.

Orang yang kacak, berbudi pekerti seperti aku, sayangkan dunia, dan selalu mengutip sampah di tepi jalan seperti aku, pun mesti ada cita-cita. Umum mengetahui aku sedang mengejar cita-cita aku, untuk menjadi juruterbang. Juruterbang yang kacak, berbudi pekerti seperti aku, sayangkan dunia, dan selalu mengutip sampah di tepi jalan untuk dibuang ke tempat tong sampah berdekatan.

Tapi, aku ada cita-cita lain sebenarnya. Bukan calang-calang orang yang boleh mengecapi cita-cita seperti ini. Bahkan aku, yang kacak, berbu...ah malas nak ulang, pun belum tentu mampu mencapai impian nan satu ini. Hanya orang yang macho, bergaya, kurang tinggi, terserlah keterampilan, kacak, berbudi pekerti seperti aku, sayangkan dunia, selalu mengutip sampah di tepi jalan serta berlakon menjadi superhero sahaja yang mampu.

Aku akan cuba.

Ya, aku mahu menjadi seorang Robert Downey Jr.

Isnin, 22 April 2013

Benci..mengapa kau benci?

Kau tahu benda apa paling aku tak suka dalam dunia ni selain uniform yang kotor kena minyak, lagu yang terdelete dalam handphone, bateri laptop yang dah gila, episod baru Running Man yang keluar lambat, panas terik walau baru pukul 11, Terengganu, perempuan dekat facebook yang buat muka kembung dapat 1000 like dan juga bila kena tinggal dengan kawan yang tiba-tiba hilang?



Bateri smartphone yang kena cas satu hari enam kali. Ok tipu, dua kali je.