Sabtu, 29 September 2012

Diari Orang Lahir Lambat.

Kembali lagi aku menghadap kau wahai diari buruk serta busuk. Kenapa aku masih berselera untuk menulis di atas helain kertas di tubuhmu ini ? Aku sendiri tak tahu.
Tak apa, kembali kepada topik utama.
Aku dilahirkan lewat. Bukan sengaja, kehendak Tuhan. Bukankah terdapat lagu yang berbunyi,

' tidak ku pinta, lahir ke dunia~ '

Tahu bukan lagu tu ?
Tak ada kena mengena pun. Heh.

Dilahirkan lewat, membuatkan ramai rakan rakan ku telah mempersendakan aku. Bayi katanya.


Adakah kau tahu, banyak kelemahan dapat ditemui jika lahir lewat.
Tak dapat ambil lesen. Tak dapat sambut hari jadi dekat sekolah. Tak dapat kahwin cepat. Eh.
Tak banyak pun, ada tiga je.

Perkara seperti ini kadangkala membuatkan aku rendah diri dan terus dipinggirkan oleh musuh dalam selimut. Dan aku yang tidak berdaya ini hanya mampu menerima semua sindiran itu bersama linangan hingus di mulut. Masin.

Namun begitu, walaupun aku dilahirkan lewat, asalkan aku tinggi.

Tidak seperti mereka yang lain ( baca : rakan sekelas ) , lahir sahaja awal, tapi ... . Heh. Sibuk mengatakan aku kecil lagi, tapi kalau dah nak cakap pun mereka kena dongak, siapa yang kecil sekarang ?
\
Aku bukannya mengata, hanya menyidir semata mata.

Jadi, aku berdoa kepada Tuhan agar aku lebih menjadi tinggi.
Dan aku harap, mereka juga. Heh.