Tengok jam, tengok kalendar.
Bulan Oktober dah ni. Atau bulan 10 bagi mereka yang terlalu asyik baca buku hingga lupa tarikh semasa. Sebulan lebih je ni. Tak nak kira, sebab takut. Biarkan perkataan sebulan lebih tu sahaja yang berlegar di minda. Kalau hitung satu satu hari, mesti menggigil satu badan. Mesti nak demam nanti. Tapi tak boleh minta MC.
MC tu perkara sensitif dalam kalangan rakan rakan sekelas aku. Tapi itu cerita lain.
Aku dah mula membuka ( baca : mencari ) buku buku rujukan yang dah berhabuk. Tersimpan cantik di rak rak yang dibina dalam bilik aku ni. Cantik lagi. Tanpa kesan renyuk yang ketara ataupun kesan 'highlight' berwarna warni. Bersih, cantik dan menarik. Kalau jual pun, kena harga tinggi dan tak munasabah. Pasti orang tak sangka buku itu telahpun aku beli sebelum dibeli oleh dia.
Selama ini, berat betul hati nak membuka buku tersebut. Kalau dibuka pun, terpaksa sebab periksa keesokan harinya. Lepas tu, lupa apa yang dibaca.
Tapi , ...
Alhamdulillah, subjek Biologi sudahpun dimulakan pembacaannya. Sekarang sudah masuk halaman tengah tengah buku itu.
Tapi yang pasti, dah tak bersih lagi.