Sekarang dah hari Selasa.
Kira ikut kalkulator ataupun kira satu-satu hari dekat kalendar pun sama juga hari yang tinggal, 6 hari.
Dari awal tahun, sekolah dah mula sogokkan alam minda semua pelajar, yang SPM tahun ini.
Tapi, macam biasa, macam manusia biasa, mana nak dengar cakap. Dibuatnya Tingkatan Lima ni macam tahun untuk bermain taman permainan di hadapan rumah. Ha, tipu. Depan rumah aku mana ada taman permainan. Belakang ada lah. Depan ada Umall.
Tapi, itu cerita lain.
Dah minggu terakhir sebelum SPM ni lah, baru sibuk nak sepahkan katil, meja, otak, beg dan macam-macam lagi dengan buku dan fakta daripada buku yang dibaca untuk disimpan rapi dalam memori otak supaya menjadi memori jangka panjang. Jika tidak menjadi memori jangka panjang pun, cukuplah jika dapat menjadi memori sementara sempena SPM.
Haih, entri stress lagi.