Hari itu, Selasa, aku baru sahaja lulus ujian JPJ setelah gagal kali pertama pada Selasa minggu lepasnya.
Bukan apa nak gagal, saja nak timba pengalaman. Walaupun aku pelik bagaimana JPJ menilai cara pemanduan budak-budak yang baru belajar ni. Padahal, kalau tengok pemandu-pemandu Malaysia kala ini ( tidak termasuk ibu bapa aku atau ibu bapa anda ) serupa macam mereka tak pernah pergi ujian JPJ juga.
Senang betul nak menggagalkan orang, tapi susah nak senyum. JPJ memang tak ada garis panduan ketika berkhidmat macam yang dekat bank tu ?
" SENYUM KETIKA MELAYAN PELANGGAN " .
Tapi itulah, dah lulus JPJ, dah dapat sticker P, tapi tak buat-buat lesen.
Bukan apa, tengah cari gambar paling handsome. Eh, guna DP facebook tak boleh ?