Jumaat, 30 Mac 2012

Terpesong.

Sebagai penggangur berjaya, urusan penting yang dilakukan setiap hari adalah melihat televisyen dan juga melayari Internet menggunakan laptop-ada-muka-bakal-bini-tersayang. Hidup aku bahagia.

Hari ini, urusan penting itu dilakukan juga. Cuma hari ini, setelah dileteri oleh ibu sendiri, aku kembali melihat bookmark berkenaan bahagian-bahagian kapal terbang, landing gear, touchdown, landing dan lain-lain.

Tapi sebagai remaja yang muda dan bercita-cita tinggi serta fokus yang tidak selalunya tetap, kadang-kadang, laman web yang memberi informasi berguna untuk masa akan datang yang perlu dibuka seperti Wikipedia mahupun laman-laman yang lain, tiba-tiba akan terpesong kepada facebook, YouTube dan macam-macam lagi.

Sepetutnya masa yang diperuntukkan secukupnya untuk mengulangkaji, telah digunakan untuk bergelak ketawa mahupun seperti sekarang ini, menaip blog. Cukup syarat saja buka laman web tu. Alah, remaja.

Sebab nanti bila ibu bapa masuk bilik, boleh terus tukar window.