Dalam dunia ni, kalau tak ada konflik, jadi macam air bandung tak ada susu, tak ada tiga layer, mahupun tak ada soda. Tawar. Jadi, konflik ni kononnya perencah rasa dalam kehidupan lah. Peh, macam jawab kertas 1 BM masa SPM betul ayat yang last tu. Tapi malang, BM, A sahaja, '+' -nya lari, ikut '-' agaknya.
Dalam pada ada konflik tu, perasaan marah atau cepat melenting itu mesti ikut sama. Sebab dalam jiwa tak tenteram, bergelora tak tentu pasal. Rasa macam nak lompat-lompat atas katil je rasa, takpun dalam kes aku, rasa macam nak hentak dram tu sampai orang sebelah bawa parang. Mungkin orang lain, akan meluahkannya dalam facebook. Mentang-mentanglah hotsetaf, update taip nak mandi pun, orang 'like' sampai ribu-ribu.
Tapi sekarang ni memang aku tengah dalam konflik betul.
Bateri iPhone ni asyik cepat habis, sampai nak tengok video lagu dan mendengar suara merdu bakal-isteri-tersayang ketika mahu beradu pun terganggu. Asyik nak kena caj memanjang.
Ha tengok! Aku tak buat apa-apa pun, selamba dia je daripada 100% terus jadi 20%!