Dalam pada aku sibuk melakukan medical check-up, dan juga menganggur, kadang-kadang aku akan menulis status di laman maya popular dunia (baca : diari maya terbesar manusia di samping mereka meletak gambar-gambar aktiviti seharian) , facebook.
Dahulu, jika di-taip satu status, bagi mereka yang bukannya hotstuff seperti aku ini, mendapat 5 'like' ke atas, terasa seperti baru memenangi anugerah Pelajar Cemerlang rasanya. Apa orang putih kata, cloud nine?
Namun, semenjak aku mengesyaki terdapat satunya gerakan 'Meminggirkan Adam' kebelakangan ini, bilangan 'like' semakin berkurangan, dan aku terasa seperti Mark Zuckerberg terlupa akan rakan-agak-karibnya ini. Come on-lah! Bukan dulu kita sama-sama balik sekolah singgah White House ke dulu lepas habis kelas dekat Harvard dulu? Tak ingat?! Dasar lupa kawan, patutlah tak panggil aku masa buat facebook dulu.
Ni yang rasa macam nak deactivate facebook ni.
Eh, macam budak-budak remaja yang nak "periksa" lah pula.