Jumaat, 4 Mei 2012

Periksa-atas Medikal.

Disebabkan untuk menjadi juruterbang yang berdedikasi dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara, satu medical check-up terpaksa dihadapi. Walaupun telah diberitahu lebih awal, tapi perasaan gementar kian bersarang di dalam jiwa dan raga. Amboi, ayat SPM betul. Tarikh semakin hari semakin dekat, semakin gementar sehingga tidak lalu untuk menonton siaran Running Man di saluran OneHD itu. Eh bukan apa, dah tengok yang Internet punya, sepupu download. Dan akhirnya, tiba juga hari yang ditunggu-tunggu.

Disebabkan kelihatan rugi dan penat untuk ke KL dengan menaiki kereta, apakah salahnya jika dibeli tiket KL murah di Firefly? Tambahan pula, pramugari-pramugari yang dalamnya memang hot-hot belaka. Ehem.

Dipendek cerita penerbangan 45 minit itu, akhirnya sampai di Subang, dan ke rumah makcik, dan tidur.

Esoknya, hati semakin berdebar, jiwa semakin tidak tenteram. Mengenangkan terdapat ura-ura mengatakan akan terdapat sesi pengambilan darah yang akan dilakukan. Walaupun aku selalu tergigit bibir untuk kelihatan seksi di mata wanita, untuk diambil darah, agak menakutkanlah juga. Walhal aku tidak kisah jika dicucuk.

Jadi, menunggu kerana tersampai awal dan staff yang tiba awal pula, tidak memegang kunci. Dan dipendek cerita setengah jam itu, akhirnya doktor sampai, jururawat-jururawat sampai, pesakit beratur, masuk dan tunggu.

Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba masa untuk melakukan pemeriksaan mata, telingan dan jantung. Dipendek cerita sepuluh minit itu, akhirnya semua selesai. Berdebar-debar sungguh sehinggakan ketika periksa jantung pun tak stabil. Apa orang putih kata, first time. Dan ke Xray pula.

Dipendek cerita dua minit, akhirnya habis di-Xray. Dan menungu pula untuk ke bilik doktor.

Dan apa yang berlaku di dalam bilik doktor, tidak perlulah dicerita secara se-teliti mungkin. Cukup sekadar memberitahu bahawa satu badan akan diperiksa. Namun, nasib baik, doktor tidak "terlalu" teliti.

Dipendek cerita lima belas minit itu, akhirnya semua selesai. Selesai juga "puasa" daripada pukul 12 malam kerana menyangkakan adanya pengambilan darah. Rupanya, tiada langsung. Ceh, penat buil-up mental supaya tidak takut pada jarum.

Dan ya, itu sahaja yang dilakukan. Nasiblah siapa yang ke universiti nanti, mungkin akan adanya pengambilan darah. Bahaha!

Memandangkan pemeriksaan itu habis terlalu awal, dan penerbangan pulang pula pada pukul 6 petang, jadi dengan selambanya, kita ke PWTC. Mencari buku bagi memenuhi masa-masa menganggur yang masih berbaki ini. Iyalah, PWTC kan ada Pesta Buku?

Dan dipendek cerita 4 jam itu, akhirnya kami menaiki penerbangan pulang, bersama si pramuguari cantik, eh penumpang yang ke Johor. Dan dipendek cerita 45 minit itu, akhirnya sampai di JB.

Dan berakhirlah penderitaan menunggu/takut diambil darah.

Tamat.

Cuma aku haraplah, kakak Xray, dan jururawat-i hari itu, tidak terbayang-bayang akan badan aku. Tahulah dah good-looking.