Khamis, 7 Jun 2012

Bila?

Menyingkap permulaan kerjaya 'tanam anggur' sejak lapan bulan yang lepas, 'banyak' perkara yang telah dilakukan. Antaranya, baca novel, main, komputer, tengok tv, baca novel, main komputer, tengok tv, baca novel, main komputer dan tengok tv. Mungkin terselit juga waktu-waktu makan dan minum dan juga masa bersenang-lenang sendirian, atau bersama rakan-rakan, atau bersama keluarga. Oh ya, pencapaian paling tinggi sepanjang dalam karier 'tanam anggur' ini adalah dengan adanya lesen kereta dalam dompet POLO (bukan nak berlagak, tapi ya) aku.

Panjang betul pendahuluan. Memang macam stail kawan sebelah masa tulis karangan SPM tempoh hari. Aku pun begitu juga, sebenarnya. Masa-masa terdesaklah baru berjela-jela idea datang nak tulis pendahuluan. Pendahuluan je, isinya kadang ada-tak-ada juga.

Namun, niat utama dalam pe-naip-an kiriman kali ini adalah untuk memberitahu bahawa saya baru menghantar borang aplikasi kepada akademi penerbangan di Kelantan. Baru tadi. Ya, baru tadi. Pemalas punya manusia, bulan depan intake baru terhegeh-hegeh nak hantar.

Haih, mungkin tiba masa kena tukar mentaliti "ahh, biarlah lambat" aku ni.

Nanti nak kahwin dengan Taeyeon, takkan nak lambat-lambat. KAN?

Kakipunyanota : Taeyeon adalah gadis di bawah ini. Atau sila tekan "catatan lama". Silalah.