Jumaat, 29 Jun 2012

Menunggu.

Dengan headphone di telinga yang memainkan lagu Chocolate Love dendangan kumpulanwanita bakal-isteri tersayang-saya, saya baru habis mengira berapa lama saya di Crew Residence. Bagi yang tidak mengetahui apakah itu Crew Residence, meh saya berlagak sekejap.

Crew Residence ini adalah tempat di mana kadet-kadet juruterbang atau cadet pilot atau senang cakap bakal-bakal juruterbang, berumah dan bertangga di sini. Ya, sila baca kembali ayat di atas sambil di fikiran anda, tekankan frasa juruterbang di situ. Ha, nampak tak saya berlagak secara anda tidak sedar.

Ok berbalik kepada pengiraan saya di sini. Hari ini masuk sudah hari kelima saya di sini.

Dan masih rindu famili yang jauhnya 12 jam dari sini jika menaiki kereta. Jadi saya mengira hari bila saya boleh pulang ke Johor. Hoi tak sabarnya. Inikah homesick yang diperkatakan selama ini?

Oh, lagu Chocolate Love tadi dah bertukar kepada Coffee dendangan Yuna.