Ini adalah nukilan semalam, semasa bilik berada dalam keadaan hura-hara kerana sedang menggemas hasil dalam negeri bilik untuk berhijrah pula ke Terengganu demi mengejar impian menjadi juruterbang yang bermula daripada satu bar, bukan seperti Adam dalam cerita Adam dan Hawa yang tidak lepas one go phase one-nya. Terima kasih kerana membaca disclaimer ini (walaupun tak ada orang yang baca blog aku pun).
Jika anda membaca kiriman ini, saya mungkin sedang berada di dalam bas ke Terengganui. Mungkinlah, kerana janji Melayu lazimnya mana ditepati. Bas yang sepatutnya bergerak pada pukul 9 mungkin sahaja akan bergerak pada pukul 12 tengah hari, bergantung pada faktor perut pemandu bas ataupun penumpangnya. Jika baik, baiklah jawabnya. Namun jika tidak, bersedialah untuk sampai ke Terengganu pada waktu malam. Dah lah Terengganu banjir. Tak bawak swimsuit lagi. Ha nampak tak nak buat lawak pasal banjir jadi swimming pool ? Tak lawak bukan ?
Selain itu juga, saya juga sedang meng-google kewujudan wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari di Terengganu. Semoga berjaya dan bahagia hidup di sana di samping lebam di badan. Oh ya dan juga gadis-gadis Terengganu. Adakah mereka akan mengalahkan keputihan gadis-gadis Kelantan yang tak sempat saya goda ? Kita tunggu sahaja.
Jadi, selamat tinggal Kelantan (baca: gewe Kelantan) buat masa ini. Jumpa lagi pertengahan tahun depan!