Kebelakangan ini, aku lebih suka membuat tajuk dan membuat huraian berdasarkan tajuk yang aku fikirkan. 'One word' esei katanya. Kalau ikut kan peperiksaan percubaan yang lepas, aku mungkin akan tersalah format hingga markah terjunam teruk dan memalukan aku sebagai bangsa Melayu. Kalah markah dengan bangsa Cina yang duduk di sebelah aku. Mana nak letak muka ?
Tapi di dalam blog, tidak lagi.
Jadi kembali pada tajuk.
Mula mula aku buat blog, mana ada kisah nak ada pengikut ke tak. Main belasah je tulis. Asalkan dapat meluahkan hati terendam dan yang terpendam dalam bentuk perkataan ke dalam medium maya seperti ini.
Nak menggedik gaya lelaki pun orang tak tahu.
Tapi, semuanya berubah. Kena dengan peribahasa moden masakini, ' Zaman dah berubah, dunia dah maju '.
Aku ingat kan blog ni hanya tempat untuk aku bermuram durja, meluahkan rasa dengan kata kata carutan, ataupun sekadar memenuhi ruang satu dimensi komputer aku dengan kata kata manja. Tak lupa juga, kata kata memuji diri.
Sampai lah satu masa.
Aku mula jumpa pelbagai blog yang menarik. Dan di antara mereka begitu dikenali di kalangan blogger blogger Malaysia. Pengikut mereka sudah tidak boleh dikira dengan jari kaki. Sudah perlu menggunakan kalkulator berkuasa tinggi. Kalkulator yang selalu dilarang dibawa masuk ke dalam peperiksaan besar. Banyak betul pengikut mereka sampai terjadi begitu sekali. Isi kandungan blog mereka pula tidak pula menjurus kepada luahan hati ataupun aktiviti tidak sihat yang dilakukan setiap hari. Isi kandungan mereka banyak mengenai isu isu semasa tak pun pemerlian terhadap orang sekeliling dan dunia.
Daripada saat aku mengklik alamat mereka itu, terdetik juga dalam hati, " Nak juga macam tu ! " .
Jadi, aku iklankan dengan penuh semangat ke setiap laman sosial yang aku ada. Dengan harapan, bila subuh menjelma, pengikut-tak-setia juga semakin bertambah. Dari sebelas ke juta juta.
Namun, jadi lain.
Aku diperli di sekolah secara bertalu talu tanpa ada sedikit rasa kasihan daripada mereka yang memerli.
Cikgu pun begitu.