Sabtu, 19 Januari 2013

Akhirnya.

Betul kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan.

Ingat dah sampai Terengganu, harapan mencari gadis-gadis cantik semakin menipis. Walaupun bersebelahan Kelantan yang ratanya mempunyai gadis berkulit putih yang menarik hati, kita tidak boleh meletak harapan terlalu tinggi. Takut jatuh ke bumi, berderai kecewa hati. Ceh.

Namun, tidak disangka-sangka, rupanya Mydin yang tak pernah saya singgahi sepanjang hidup di Johor, menyimpan satu rahsia yang tak pernah saya ketahui selama ini. Satu rahsia yang mengubah segalanya-galanya. Satu rahsia ahh mana rahsia sangat pun.

Begitu ramai gadis-gadis universiti yang mampu mencuri hati hoi!