Jumaat, 4 Januari 2013

Piza.

Aku nak tulis dalam bentuk italic, supaya nampak romantik pagi-pagi ni.

Wahai si gadis trainee Pizza Hut dekat Giant Kuala Terengganu, kau dah curi hatiku.
Gaya kau membuka register cash, betul-betul mencairkan keegoan yang membina dalam jiwa.
Tidak sangka aku, hanya kerana laparkan piza, aku dapat berjumpa si bidadari syurga.
Muka mu putih, ibarat seafood lasagna dan cheese mozarella atas Chicken Supreme yang ku beli.

Tanganmu yang menarik resit, adalah tangan yang mampu mengoncang buaian anak kita nanti.
Suaramu menanyakan pesanan, umpama suara si cupid melarutkan asmaradana.
Senyummu, masih lagi terngiang dalam jiwa tatkala aku menunggu kelaparan menunggu piza.

Tunggu aku, gadis trainee Pizza Hut dekat Giant Kuala Terengganu.