Sabtu, 16 Mac 2013

Kenatinggaldengankawan-niphobia.

Adam merupakan manusia biasa. Manusia yang kacak, bersopan-santun, berjiwa patriotik dan sayangkan binatang walaupun masih lagi geli-geli nak pegang kucing, katak, ular, lipas, mentadak mahupun singa.

Beliau kini sedang belajar. Belajar bagaimana mahu membawa kapal terbang, dan juga bagimana mahu mengorat pramugari apabila bekerja nanti. Oh ya lupa, dia juga belajar bagaimana mahu mencari duit yang banyak dan bagaimana mahu keluar dari boarding gate dengan bergaya di hadapan penumpang kapal terbang kelak.

Namun begitu, setiap manusia tidak sempurna. Walau dibekalkan di kehidupan ini dengan pelbagai kelebihan, dia mempunyai satu fobia. Fobia yang baru dikenalpasti oleh saintis-saintis NASA. Punyalah susah nak jumpa fobia ini sampai yang mengkajinya adalah saintis yang bekerja mengkaji angkasa.

Nama fobia itu adalah KENATINGGALDENGANKAWAN-NIPHOBIA. Antara kesan fobia ini adalah anda akan berasa curiga dengan ajakan orang lain (yang bukannya rakan serumah/sebilik/sekatil mahupun batchmate sendiri) kerana dihantui pengalaman lampau yang mengguris hati.

Ya, nama fobia ni dalam bahasa melayu.

Ya, kesian Adam.