Sabtu, 24 September 2011

Perjalanan Selatan-Tengah-Atas Sikit-Utara-Selatan.

Seperti yang dikirim pada hari Khamis mingu lepas, bersamaan hari sebelum Hari Malaysia bersamaan dengan 15 September 2011, anda semua pasti sudah tahu apa yang akan diceritakan dalam kiriman kali ini.

* bunyi cengkerik lagi. Ayah cengkerik pun ada. Saja lettew nak sakitkan hati. *

Jadi di dalam kiriman ini, * cengkerik * saya dengan rasa masin dan masam ini, ingin berkongsi sedikit sebanyak dan sesuku perjalanan minggu lepas. Alah, bukan selalu saya nak berkongsi kehidupan saya yang penuh rahsia ini.

Ayuh, tekan perkataan kebiruan itu untuk meninjau kehidupan penuh rahsia dan misteri daripada jejaka panas ini.



Hari Pertama :

Pada pukul 5 petang tak tepat, perjalan dimulakan dengan langkah kanan dan enjin dihidupkan. Kalau lah Kedah setakat kedai depan rumah, aku merangkak saja pergi. Namun, disebabkan Kedah berada pada beratus kilometer jauhnya dari tempat di mana aku berada, kenderaan beroda empat terpaksa digunakan. Demi keselesaan dan kecepatan. Manusia sekarang mana tahan panas, jadi disebabkan kenderaan ini mempunya pendingin hawa dan bumbung, ia amat sesuai digunakan bagi perjalanan kali ini.

Nak berjalan kaki ke Kedah, pun boleh sebenanarnya, tapi memandangkan hari Isnin ada kertas Fizik, naik sahajalah kenderaan beroda empat itu. Demi keselesaan dan kecepatan. Eh macam sama dengan ayat terakhir perenggan di atas.

Sebelum itu, baca doa demi keselamatan. Dan sekarang kita pergi ( baca : here we go ) .

Memandangkan Kedah jauh, perjalanan kali ini akan berhenti di dua tempat. Di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Di Kuala Lumpur ada hotel free, rumah makcik.

Di Ipoh, ada rest area free makan tanpa bayar sebab ada open house, rumah pakcik.

Perjalanan ke Kuala Lumpur berjalan dengan lancar cuma terganggu dengan desakan badan yang mahukan lebihan air dibuang dan perut diisi dengan makanan. Tidak peduli samada berkhasiat atau tidak.



Akhirnya, sampai di Kuala Lumpur. Walaupun dengan kesesakan jalan raya dek terdapat juga manusia yang berfikiran sama dengan keluarga aku, iaitu untuk bercuti di hari minggu.

Sesampai di sana, kita berehat. Esok nak berjalan lagi.

Hari Kedua :

Perjalanan dimulakan lagi pada pukul 8 pagi. Dengan mata yang masih terpisat dan bertahi mata, digagahkan diri ke bilir air rumah makcik untuk membersihkan diri sebelum meneruskan perjalanan.

Dan sekali lagi, sekarang kita pergi.

Kali ini, perjalanan diekori oleh makcik yang juga mahu bercuti. Yea !






Lihatlah, pemandangan terbentang di depan mata. Namun, masih jauh lagi.

Tapi, tidak apa, henfon mahal yang dibawa digunakan sepenuhnya bagi menghiburkan diri dan punggung yang sakit. Lagu lagu masa kini beralun di corong telinga dan sesekali terdengar suara sedap berkumandang di dalam kereta. Suara siapa ? Siapa lagi ...

Akhirnya, sampai di rumah pakcik. Pakcik akan membuat 'open house' hari ini. Jadi, kedatangan kami hanya untuk memenuhkan perut sebelum terus ke Kedah.
Err.





Sesudah kenyang dan mata yang mengantuk sudah dipuaskan dengan tidur, perjalanan sekali lagi diteruskan dengan semangat yang membara. Perjalanan yang hanya berbaki dua hingga tiga jam sahaja lagi. Yea ! Dah sakit punggung( bomtot ) dah ni.

Sebab malas nak re-telefon ( baca : re-call ) balik, aku sudahkan dengan mengatakan kami sampai di hotel di Kedah dengan selamat. Selamat dan bunyi ( baca : safe and sound )

 Hari Ketiga :

Sebenarnya, kedatangan kami ke Kedah ini bukan apa, hanya untuk menghadiri majlis.

Reunion ayah, bukan aku.

Jika nampak gambar di atas, jangan terdetik pula di hati, " Anak doktor, tapi result hancur" .

Setelah majlis selesai, naik ke bilik dan tidur. Esok dah nak pulang ke Johor. Berirama.

Hari Keempat :

Baju dah dipakai. Dah mandi. Beg sudah dikemas. Ayah dah jumpa rakan rakan lama.

Jadi, sekarang masa untuk pulang.

Dipendekkan cerita, dah sampai rumah. Rumah manis rumah ( baca : home sweet home ) .



Jadi, inilah aktiviti hari minggu aku minggu lepas. Daripada asyik menghadap buku ( baca : komputer dan tv ) , baik aku meluaskan pemandangan ke negeri orang. Mana tahu, jumpa jodoh dengan gadis Kedah tak pun tiba tiba #dearfutturegfs pun ada ?

Mana tahu.