Aku rasa diri aku ni semakin hari semakin melankolik. Hari hari aku dipenuhi drama realiti yang tak ada skrip untuk dipatuhi. Kejadia secara tiba tiba. Aku sebenarnya terkejut. Sebab aku baru tersedar, dunia ni pun indah khabar dari rupa.
Tahu bagaimana indah khabar dari rupa ?
Cuba buka TV, dan tunggu sampai keluar iklan makanan segera. Tunggu sampai juling mata. Sampai tak tidur. Sampai kau kena marah dengan mak kau sebab tak belajar. Biarkan sampai tahap macam itu sekali, asalkan iklan makanan segera tu dijumpai.
Ingat, sampai jumpa.
Ok, dah tengok iklan makanan segera tu, carilah pula masa untuk menyinggah ke restoran makanan segera yang telah kau tonton temph hari. Dan pesan makanan yang juga diiklankan dalam TV.
Sekarang kau tengok, makanan yang kau pesan tadi, ada sama rupa macam dalam TV tak ?
Kalau ada, syabas. Restoran makanan segera berhampiran anda telah melakukan perkara yang patut dipuji dan diikuti. Menyediakan makanan dengan betul. Dan memberi layanan paling tip top tup. Hebat betul. Yang berlaku hanya satu dalam beribu restoran makanan segera dalam dunia.
Kalau tidak, syabas juga. Kerana anda baru sahaja dapat membandingkan makanan di dalam TV dan di dalam realiti. Tidak apa, semua orang juga mengalami kejadian yang serupa. Sekarang, makan makanan yang telah dipesan tadi. Jangan takut, rupa sahaja yang tidak indah, rasa masih sama.
Cuma tak tahulah, peluh pembuat makanan tu menitik jatuh atas makanan tu. Ada rasa masin ke ?
Ha, itulah indah khabr dari rupa.
Jauh betul melencong daripada isi yang dah difikir dalam otak ni. Sebenarnya, aku nak tulis pasal aku yang dalam emosi melankolik penuh drama, tapi tak apalah.