Aku pasti, sesiapa yang 'pakar' dalam subjek Biologi, pasti akan memikirkan makna yang lain bagi tajuk di atas. Seperti salah seorang pengikut-tak-setia tegar blog ini. Eh?
Kalau anda mengatakan saya yang berfikiran bukan bukan, anda salah. Salah sama sekali. Salah dua kali juga, mungkin.
Tak tahukah anda, kertas satu Bio periksa percubaan yang lepas, saya salah 18 soalan?
Kali ini, aku tak ada idea apa yang perlu ditulis di dalam blog yang acapkali menyebabkan aku diperli secara terbuka samada di dalam kelas hatta di tepi jalan sekalipun. Mereka sanggup membuka tingkap kereta dan menjerit, " ADAM ! Blog kau tak best ! ".
Ok, ezejeret.
Mungkin mereka merasakan aku dan blog ini adalah salah satu topik yang mampu menjatuhkan moral dan sivik serta PJK aku secara tidak langsung. Bila moral dan sivik serta PJK aku jatuh, mereka akan ramai ramai ketawa.
Ada yang ketawa bagai dunia ini mereka yang punya, dan ada juga yang ketawa diam diam dalam hati. Ingat aku tak tahu ke ? Aku pakai mikroskop berkuasa tinggi tahap dewa punya, tahu ? Dekat rumah ni ada macam macam, stetoskop pun ada. Yang mamp mendengar denyutan jantung bakteria dalam hati anda lagi, tahu ? Nampak bukan ezejeretnya lagi ?
Aku yang lemah ini, dibiarkan di sudut sepi tanpa bicara yang keluar dari mulut. Menggenggam buku lima yang tidak kesampaian ke muka. Telinga yang dah panas, cepat cepat diredakan walaupun hati di dada, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Sesekali, aku ketawa.
Ketawa untuk memujuk hati. Dan memuaskan hati.
Eh, kenapa aku buat entri luahan hati ni ? Macam gegadis myspace rasanya.
Alah, Semua ni pun macam peluru kosong
Tembak tapi kosong.
Tak ada rasa.