Pejam celik pejam celik separuh, pejam celik suku pejam celik separuh, dah masuk bulan November.
Macam biasa, bagi mereka yang terlalu khusyuk dengan buku, sekarang bulan 11 ok ?
Dalam banyak-banyak bulan tahun ini, bulan ni lah yang aku rasa bulan yang paling aku takut. Bukan apa, kalau SPM tu bulan 10, maka aku akan takut dengan bulan 10. Jika SPM berada pada bulan 12, maka aku akan takut pada bulan 12. Dan seterusnya, sila bayangkan dengan imiginasi anda. Jangan bayangkan imiginasi yang liar pula.
Kesimpulannya, aku takut dengan SPM. Takut sangat-sangat hoi. Ingat aku tak takut ke ? Walaupun wajah aku menunjukkan riak muka yang yakin dan ceria sepanjang masa, percayalah, aku hanya manusia biasa yang takut dengan masa depan.
Aku ada cita-cita.
Mengikut kalendar Masihi aku yang tergantung di almari ini, jika dihitung secara Add Math, hanya ada 2 minggu sahaja lagi sebelum aku berperang dengan kertasputihbertulis itu. 2 minggu yang semakin hari semakin singkat. Masa pula semakin lama semakin mencemburui aku yang terang-terangan menduakannya dengan buku-buku rujukan.
Jadi, aku nak pergi baca buku.