Rasa yang kian menyeksa.
Terseksa batin zahir jiwa raga dalaman manusia bila diuji sebegitu rupa. Pedih, sakit, pelbagai rasa mula menghuni jiwa dan perasaan seseorang manusia. Manusia yang azalinya berkeperibadian mulia dan tenang akan berubah rupa dan adabnya.
Pipi bagaikan mahu ditumbuk sekuat hati. Biar hilang gigi. Asalkan hilang rasa pedih sengsara menahan seksa biologikal manusia. Sengsara tak tertahan, namun akal waras meyakinkan.
Jangan dibuat benda bodoh.
Perkara yang bukannya terlalu sakit, jangan disakitkan. Biarkan ia berlalu pergi sendiri, bersama masa yang laju berputar dikejar manusia.
Dikatakan manusia yang dahukunya berperibadi mulia dan tenang, kini berubah tiga enam kosong darjah.
Mengganas, menggigil kemarahan. Mahu sahaja dimaki semua orang sekelilingnya, tanpa tapisan dan kewarasan. Sekali lagi, sedaya upaya akal waras meyakinkan.
Ini semua hanya MATA IKAN sahaja, manusia.
Adui.