Khamis, 3 November 2011

Hampir. #2

Debaran semakin terasa. Bahang semakin menghangat jiwa raga. Tidur semakin tidak lena. Mandi pula masih lagi wajib, eh basah. Tapi kalau bab makan, maaf, bab tu memang masih lagi sama. Eh, nak belajar mana boleh dengan keadaan lapar. Memandangkan orang kata badan aku terlalu kurus atau dengan kata lain, keding, sudah tentu lebih baik aku kekalkan sahaja cara pemakanan aku sekarang.

Jadi, pagi tadi, jadual SPM baru sahaja singgah di tangan aku. Dan secepat kelajauan cahaya, terus aku tinggilampukan ( baca : highlightkan ) semua matapelajaran yang akan aku hadapi dua minggu dari sekarang itu. Sekali pandang, memang nampak macam aku dah bersedia nak menghadapi SPM, tapi kalau dua kali pandang, memang sudah dapat diketahui, buku-buku rujukan di rumah masih lagi bersih.

Eh, mana ada bersih sesuci tiga kali, ada juga bahagian yang aku tinggilampukan juga. Demi masa depan yang cerah, tinggilampu yang diguna juga perlulah yang cerah juga. Tapi, itu cerita lain.

Oleh itu, alangkah bagusnya jika aku tandatangankeluar ( baca : sign out ) dari laman web ini dan terus membaca buku. Iyalah, masa sejam yang diperuntukkan sudah tidak diikut sekarang ini.

Okey, aku tandatangan keluar dahulu.

Nak buka Youtube pula.