Khamis, 12 Januari 2012

Kenapa anda dipinggirkan ?

1. Kerana mempunyai rakan rakan yang hampeh.
Waktu persekolahan merupakan antara waktu paling menggembirakan dalam hidup. Dapat bersuka ria, berparti, serta menjamu mata. Sekolah juga antara tempat mencari jodoh paling popular di dunia. Tapi apakan daya, cinta hangat tahi ayam, mana berkesampaian. Dah tak kesampaian, luahlah di Note atau update status terkini anda di laman Facebook anda agar ramai 'like' ,atau Twitter agar satu dunia tahu anda baru kehilangan kekasih awal, tengah dan akhir walaupun baru mempunyai 2 pengikut dan 1 tweet, atau di blog anda yang baru sahaja mempunyai 2 kiriman, ataupun di myspace. Myspace ?

Namun, di satu sudut, akan terdapat sekumpulan manusia yang hanya cuma tahu memperkecilkan orang lain tanpa menyedari, dirinya juga kecil. Maksud saya, dari segi ketinggian.

Nampak bukan, tak ada kesinambungan langsung di antara dua perenggan itu ?

2. Kerana sengaja memencilkan diri.
Mungkin kerana jadual belajar yang terlalu hektik, badan anda akan mudah lesu dan tidak bermaya. Jadi, anda akan memencilkan diri supaya tiada sesiapa akan mengganggu anda.

Namun, tidak semua manusia berhati mulia macam penulis, akan anda makhluk Tuhan yang akan sengaja memprovok anda dengan mengatakan anda memencilkan diri.

Jadi jalan penyelesaiannya, senyum.

dan

tumbuk.

3. Tiada temantapiringanringan.
Di zaman modenisasi ini, mempunyai temantapiringanringan sudah bukan merupakan satu pilihan. Ianya satu kemestian. Kononnya sebagai tempat beradu. Dan mengadu jika ada wanita/lelaki lain cuba mengorat anda. Kalau dah bagitahu, tengok la nanti, mesti ada yang rambut kusut musut atau ada yang berlebam di pipi dan tempat yang itu. . Jadi, jika anda merupakan anda manusia yang setia dengan diri sendiri, yakni tidak mempunyai temantapiringanringan anda sendiri, anda akan mudah dipinggirkan. Nampak senang bukan modus operandi pakar peminggir ini ?

#dearfuturegfs


4. Kerana mempunyai rakan rakan yang agak hampeh.
Sengaja diulang. Untuk mereka yang selalu meminggirkan rakan ada sendiri, sila isi tempat kosong.

Ya, kau.

5. Anda tiada kebolehan berkata.
Anda merupakan orang yang memang petah berkata. Di dalam Facebook, news feed rakan anda, penuh dengan status terkini anda. Ada yang jiwang, humor ataupun sekadar, berbaur seksual. Namun, di sekolah, alter ego anda kembali menguasai diri. Anda kehilangan kata kata dan hanya membisu seribu bahasa. Mungkin 999 bahasa kerana anda tahu Bahasa Melayu, bukan ? Tak pun, 998, kerana anda peminat tegar industri hiburan Korea.

Oleh itu, mereka akan secara mudahnya akan meminggirkan anda tanpa berfikir dua kali.

Nampak tak aku tak idea lagi ?

6. Rakan anda cemburu dengan kepetahan anda.
Ini adalah antara kesan kepada perkara di atas.