Rabu, 4 Januari 2012

Aku yang menggangur, sedang berfikir.

Masih lagi di bangku kayu. Masih lagi bangku itu berkeriut bunyinya. Sudah tua, dibaiki pun tiada gunanya. Biarkan sahaja reput dibawa angin kemodenan.

Manusia yang masih lagi pelbagai rupa dan ragam yang pelbagai. Mengundang pelbagai rasa. Mereka hidup dalam dunia yang macam mana ?

Apa yang mereka cuba cari dalam dunia ? Kenapa mereka berkelakuan pelbagai gaya, yang kadangkala jelik dan adakalanya mengundang kekaguman walaupun entah apa yang dikagumkannya ?

Manusia tertarik dengan benda yang ditegah. Semakin ditegah, semakin hebat reaksinya. Semakin menjadi jadi, kira mereka lah yang paling hebat dalam dunia. Mampu melanggar peraturan tabii manusia.

Mulut kini dah tiada tapisan. Internet juga begitu. Carutan sekarang bukannya kata kata kotor, sekarang ia menjadi satu kemestian dalam setiap ayat yang diucapkan. Menjadi kosa kata tidak rasmi dan tidak langsung manusia masa kini.

Bebas berkata macam tiada yang mendengar atau membaca setiap nota nota dosa yang kau tulis di alam maya. Dara sekarang dah tiada harga. Dikatakan jangan merendah harga wanita, tapi kenapa berlaku juga. Siapa yabg merendahkan siapa ? Yang si empunya dara berkata, ini hidup aku, itu hidup kau.

Baiklah, biar kau dalam hidup kau, aku dengan hidup aku. Kau yang rosak akhlak, bukan aku. Kau yang merosakkan hidup yang kau katakan bahagia, tanpa merasakan masa depan kau hancur di depan mata.

Satu persoalan berlegar dan bermain di minda,

Aku hidup dalam dunia yang macam mana ni ?