Jika anda merupakan makhluk Tuhan yang masih lagi belum membaca, sila klik.
Dan ya, penulisan ketika itu amatlah naif. tak ada isi LANGSUNG.
Jadi, kembali ke tajuk.
Setelah berbulan bulan mencuba memikat temantapiringanringan anda, akhirnya tindakan anda itu berhasil.
Apa yang diimpikan dalam setiap mimpi basah anda akhirnya menjadi nyata dan berlaku di dunia realiti. Anda berasa anda sudah berada di awangan. Anda tidak peduli jika orang lain mengata anda.
Semua itu hanya cemburu semata mata. Kata hati anda.
Dan anda terus berbahagia bersama teman belum ringan ringan anda. Makan bersama, berjalan bersama, balik rumah bersama. Cuma, tidak tidur bersama. Mungkin jika ada peluang, direbut juga.
Sedaya upaya anda menunjukkan anda sayang padanya. Dan si dia begitu juga.
Jadi, segala bentuk komunikasi telah digunakan secara total. Sepenuhnya.
Facebook, Twitter, telefon rumah, telefon mak, telefon ayah, telefon sedara dan juga, pondok telefon. Tidak kurang juga walkie talkie. Pakcik polis punya.
Dan di Facebook pula, pelbagai cara dilakukan. Menghantar lagu, menghantar kiriman manja, mengirim gambar berdua bersama. Dan macam macam lagi. Manisan cinta katanya.
Dan anda berdua nampak sungguh bahagia.
Namun, pagi tak akan sampai ke malam.
Hubungan anda semakin retak.
Mungkin disebabkan orang ketiga, keempat atau kelima. Kerana lelaki boleh kahwin empat.
Ibarat retak menanti belah. Hari hari mendatang hanya dipenuhi dengan cakap cakap kasar antara satu sama lain. Bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Segala jenis meses yang telah dihantar, dipadam begitu sahaja tanpa berfikir dua tiga empat kali. Hadiah hadiah bantal busuk, kuncirantai tertera nama anda, dan segala barang yang melambangkan kenangan anda berdua bersama, menghuni tong sampah di hadapan rumah.
Akhirnya, anda berdua terpaksa berpisah.
Dan semestinya, ada di antara anda yang membaca, melalui saat getir ini.
Jadi, di sini, saya ingin tanya,
Apa rasa brekap ?
sebab saya tak pernah rasa.
Apa rasa brekap ?
sebab saya tak pernah rasa.