Ahad, 31 Julai 2011

Hey, kita tak ada pemain naturalisasi

Hari itu. terdapat satu perlawanan bola di antara Harimau Malaya dan SingaPURAPURA . Perlawan yang menentukan keputusan samada dapat mara ke pusingan seterusnya untuk kelayakan Piala Dunia. Dan menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia samada di kedai kopi atau di dalam bilik air ataupun semasa tidur. Bercakap dalam mimpi.

Ya, saya termimpi Malaysia kalah 9-2 sehari sebelum perlawanan itu.

Seperti rakyat rakyat Malaysia yang lain, aku setia duduk di depan televisyen Full HD dan membuka saluran ASPN HD. Setia menunggu sepak mula. Hati dah mula bersemangat bila Negaraku dimainkan dan dinyanyikan seluruh stadium. Macam nak nyanyi sama, tapi sekadar menyanyi dalam hati. Dan, perlawanan bermula.

Semangat yang membara terus diluahkan walaupun hanya mampu menjerit ( baca : bisik ) di depan tv. Dan juga di dalam hati. Menanti saat Safee menjaringkan gol merupakan saat yang ditunggu hampir kesemua rakuat Malaysia. Semestinya kita, rakyat Malaysia, begitu mengharap untuk mara ke Piala Dunia. Jika tidak ke sana sekalipun, mengharap dapat mengalahkan negara yang pernah diperintah Lee Kuan Yew itu. Puih dia.

Akhirnya, tamat separuh masa pertama tanpa sebarang apa apa jaringan. 0 - 0 .

Dan ya, pada masa iklan, kita buka cerita Korea.

Bermula kembali. Separuh masa kedua. Hati kembali bersemangat dan ingin sahaja aku sembahyang hajat depan tv tu dengan harapan dapat mengalahkan Singapura. Tapi, aku berdoa sahaja. Sebab lupa ayat doa yang dibaca masa sujud terkahir itu. Heh.

Tiba tiba, Safee dapat menjaringkan gol dengan begitu cantik serta mantap. Menjerit kegembiraan. Dan di stadium juga begitu rasanya. Kuat jika diikutkan kadar volume di tv Full Hd itu. Rasanya hampir seluruh rakyat Malaysia bersorak pada waktu itu. Dengan tersenyum lebar, sambung menonton perlawanan tersebut.

Tapi, yang disorak itu tidak lama. Pemain SingaPURAPURA yang diimport itu telah dapat menjaringkan gol dek kerana tuah yang tiba tiba menyinggahi pasukan Singapura. Khairul Fahmi dan barisan pertahanan sedaya upaya menyekat. Tapi nak buat macam mana, ada luck pula.

Dan baki perlawanan hanya 'diserikan' dengan helah pemain SingaPURAPURA yang tercedera ( baca : tipu ). Termasuk goalkeepernya. Padan muka kena kad. Tapi attitude ditunjukkan mereka sungguh celaka.

Pasukan Malaysia, rakyat Malaysia sayang anda.

SingaPURAPURA, aku rasa aku tak akan pergi negara kau lagi. Sampai negara kau kalah.