Ahad, 10 Julai 2011

Diari Orang Tak Pergi KL.

Wahai diari busuk yang semakin busuk dari loji ini, berikan aku peluang untuk menghamburkan lagi kata kata kasar serta kesat ke atas helaian kertas kasar kau ini.

Diari,
Rakan rakan aku baru sahaja meninggalkan aku keseeorangan di dalam kelas penuh kesunyian dan kesengsaraan ini. Mereka semua sudah pergi ke KL bagi mengikuti lawatan sambil berjalan di sana. Mungkin juga mencari temantapiringanringan sampingan.

Sanggup mereka meninggalkan aku tanpa sepatah kata. Kalau tidak sepatah kata pun, bagi la yang tak patah. Sampai hati mereka dengan sukarelanya meninggalkan aku di sini ?

Tahulah mereka pergi ke PETROSAINS. Sengaja mahu mencemburukan aku. Mereka ingat aku akan terpedaya dengan tipu helah mereka yang mengatakan mereka akan melihat MPO ? Aku tidak akan percaya dengan semua itu.

Ingat aku akan berduka bila mereka dengan gembira berbual tentang wanitaidaman mereka di dalam bilik ? Atau memakan di Carl Kecil ?
Tidak, aku tidak akan mudah kecewa dengan semua itu.

Jika mereka mampu ke Zouk sekalipun, sudah pasti tiada siapa akan mempercayai mereka. Tetapi jika mereka mampu masuk ke dalam bilik perempuan, itu aku percaya. Kerana mereka semua memang gatal gatal belaka.

Huh. Hih. Dan hah.

Tak apa, satu hari nanti, pasti aku akan dapat ke KL.














Tak pun , ke Kampung Laut. KL juga.