Sabtu, 30 Julai 2011

Puasa.

Bulan mulia itu kini kembali.

Harap maklum, sila tukar kalendar di rumah anda atau di henfon mahal anda, ke tahun Islam. Atau jika henfon anda tidak beberapa Islamik, sila kembali lihat ke kalendar anda. Anda nampak tidak tulisan kecil yang berwarna itu ? Tak nampak ? Selama ni, tanda tarikh hari lahir temantapiringanrigan anda, tak kan tak perasan ? Tak pun, mengira hari untuk bercuti. Tak nampak juga ? Bak kata P.Ramlee, kalau tak nampak, tak lama la tu.

Jika anda baru hendak membelek kalendar anda, lupakan saja. Kerana saya akan memberitahu anda tarikhnya.

Kejap, tengok kalendar. Heh.

1 Ramadhan 1432 bersamaan 1 Ogos 2011. Hari pertama puasa. Ingat, aku dah bagitahu ni.

Pada hari Ahad mendatang ini pula, anak bulan akan dilihat oleh pakar-melihat-bulan kita.

Selamat tinggal makanan sarapan yang dimakan ibarat makan tengah hari, makanan di kantin sekolah yang tidak pernah bertukar, makan tengah hari yang dimakan macam tak makan sarapan tadi, makan petang yang dah macam makan malam, dan makan lepas-tengah-malam di restoran makanan ringan. Ada juga yang pergi ke restoran makanan berat.

Tidak lupa kepada segala dosa yang pernah dilakukan samada sedar atau separuh sedar. Atau pura pura tidak sedar.

Moga dijauhkan pada bulan mulia ini.

Jadi, saya harap anda berpuasa cukup sebulan ini. Tapi,

pengikut tak-berapa-setia blog ini semua wanita, memang sah tak cukup.

Heh.

Lepas ni, dah tak boleh korek hidung lagi, kena tahan.