Jumaat, 15 Julai 2011

YAHOO !

Semenjak dua tiga empat menjak ini, bergantung kepada bila anda membaca kiriman ini, aku sering merasa resah gelisah dan basah. Basah sebab apa, tak tau. Semua kerja yang dilakukan ibarat tidak kena masa dan bermasalah sahaja. Mandi tak kenyang, makan tak lena serta tidur tak basah.

Dan telefon pula sering menjadi teman tidur sekatil.

Nasib baik tiada jantina.

Apa yang telah berlaku pada diri ku ini ?

Setiap hari, telefon mahal itu direnung berkali kali tanpa jemu. Namun, masih hampa. Celik sahaja mata, telefon mahal itu dicari. Dan, masih hampa.

Hampa kerana mesej yang ditunggu tidak jua sampai menjengah telefon mahal itu. Hal ini bukan apa, masa depan ramai pelajar bergantung kepada apa yang terkandung dalam mesej itu.

Kerana terlalu lama menunggu, aku mengambil keputusan untuk menghantar lagi mesej kepada pihak berkaitan.

Dan tidak sampai lima minit, mesej yang selama ini dinanti akhirnya kunjung tiba.





" Maaf, anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012 "







dan ya, YAHOO !
boleh berparti sampai tak tidur tahun depan.