Ahad, 11 Disember 2011

Daripada Si Loner : Bagaimana mahu mencari temantapiringanringan .

Jangan baca senaraiatas ini.

Kerana semua ini hanyalah khayalan di langit semata mata. Bukan langit ketujuh mahupun kelapan. Hanya di langit semata mata.

Jika anda memberi perhatian ketika cikgu mengajar, sudah tentu anda tahu saya telah menggunakan hiperbola di dalam ayat di atas. Kalau saya salah, abaikan sahaja. Heh. Lama tak guna 'heh' . Jadi, mari baca. Eh, baru cakap jangan baca, bukan ?

1. Pastikan anda yakin bila berkata kata.
Semasa mahu memulakan perkenalan dengan si dia, pastikan kepetahan bercakap anda memang berada pada tahap yang amat memberangsangkan, bukan mengairahkan. Hal ini kerana, jika anda tergagap ketika mahu bercakap dengan si dia, sudah tentu ia akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan perbualan anda berdua. Dan si dia, pasti akan bosan dengan anda dan akan bertindak melarikan diri dengan helah yang luar biasa.

Jadi, pastikan anda ada membuat nota atau teks dan berlatih lah di depan cermin tandas anda. Ala, tempat yang anda selalu tangkap gambar sendiri itu ?

2. Ikut kata hati.
Jika anda terlalu teragak agak, si dia yang menjadi pujaan hati, akan menjadi pujaan orang lain pula. Kan dah tepuk dahi gigit jari. Lambat sangat. Oleh itu, lekaslah bertindak agar si dia tidak terlepas kepada mereka yang lebih bernafsu buas. Walaupun anda tidak kurang buasnya, tetapi mungkin anda lebih pandai dalam mengawalnya. Mungkin dengan cara yang tak boleh disebutkan.

3. Jangan terlalu ikut kata hati yang lain, yakni, nafsu.
Hawa nafsu akan sentiasa mengekori anda di mana sahaja. Kenapa dipanggil ' hawa nafsu ' ? Sebab kaum Hawa mempunyai banyak nafsu. Nafsu yang dipunyai oleh mereka sungguh tidak terkira. Nafsu makan, minum, beli blah, bendayangtidakbolehdisebutkan dan lain lain.Heh. Suka suka buat cerita sendiri.
Jadi, bukan apa, takut nanti keluar surat khabar, " bayi dijumpai di tandas sekolahberkaitan " . Anda faham faham bukan apa yang berlaku pada 9 bulan yang lepas ?

4. Pastikan anda berada di cermin sekurang kurangnya, 1 jam.
Manusia zaman sekarang, segelintirnya, masih lagi mementingkan rupa semata mata. Diulangi, segelintir, dengan gaya cikgu.

Oleh itu, seeloknya, digalakkan untuk berdandan secara melebih lebih di hadapan cermin. Betulkan mana yang tak betul, betulkan lagi yang dah betul sehingga jadi betul. Dan betulkan mana yang lagi betul kepada betul kuasa dua.
Alah, semuanya demi temantapiringanringan anda bukan ?

Saya dah lakukannya, hasilnya ?
Orang kata muka saya macam Justin Biber. Walaupun saya tak suka dia, tapi saya tersenyum mendengar perkara itu.

5. Jadi 'budak nakal' .
Terdapat kata kata mengatakan, perempuan baik suka lelaki nakal. Jadi, tidak salah untuk menjadi 'nakal' sekali sekala. Nakal di sini bukan bermaksud, panjat pagar sekolah.

Nakal di sana bermaksud, anda bergurau dengan gurauan yang mempunyai maksud tersirat, malutapimahu. Mungkin juga berbaur seksual.

6. Berdoa mendapat jodoh yang baik.
Susah susah sangat, mintak lah daripada yang di atas sana.

' Berikanlah aku Taeyeon atau IU atau Jiyeon sebagai teman ku, tak lupa juga Suzy '
Amin.

Senang bukan ? Niat ikhlas. Hih.

Namun, semua perkara di atas hanyalah, bak kata BEAST, " Fiction in Fiction in Fiction "

Perkara di atas hanyalah fiksyen kerana anda tahu sebabnya. Gelak lah puas puas. #dearfuturegfs