Masih lagi bosan, menengang, eh mengenang cuti yang dah berlalu selama seminggu dengan hanya bertemankan komputer, Internet dan televisyen. Sesekali, novel juga menemani tapi disebabkan aku seorang yang gelojoh dalam membaca, novel setebal 320 muka surat habis dalam sekelip mata. Maksud aku, banyak kali juga mata aku dikelip dalam masa dua hari membaca novel urban serta indie tersebut. Jadi, sebenarnya, novel tersebut habis dibaca dalam masa dua hari.
Berlainan pula pabila cuba membaca novel Komsas yang dibekalkan kementerian sempena menyambut calon SPM 'batch' 2011, novel yang bermuka surat sebanyak 100 lebihkurang, sampai ke akhir tahun sudah, tak pernah sampai ke kulit belakang. Kisah benar. Kalau ada yang tersenyum membaca perenggan ini, bermaksud, dia juga melakaukan perkara yang serupa terhadap novel itu. Sebenarnya, kita semua sama.
Cuma, sekarang hanya menunggu masa untuk bercuti-cuti Malaysia yang akan tiba dalam masa dua hari lagi dan esok juga, mahu pergi belajar memandu. Destinasi percutian ? Biarlah rahsia.
Yahoo !
Oh ya, disebabkan aku bosan, tiap-tiap hari akan ada kiriman. Bergantung kepada... argh. Ada ke yang baca pun ?