30 November 2011, hari yang paling budak-budak SPM aliran Sains paling tunggu.
Hari yang menandakan kemerdekaan mutlak terhadap buku-buku yang setia memburu pada hari-hari persekolahan selama 5 tahun. Buku-buku yang terpaksa dipegang untuk menghadapi 21 set kertas selama tiga minggu.
Kalau diikutkan, tiga minggu bukanlah waktu yang panjang. Pejam, celik dah tiga minggu. Tapi dalam dunia SPM, 1 jam itu ibarat dua hari.
Kertas terakhir yang diambil semalam adalah Biologi 3. Kertas yang mahu sahaja calon-calon SPM aliran Sains Tulen tidak mahu ambil demi mahu menggapai kemerdekaan. Tapi, diambil juga kerana mahukan kejayaan di masa akan datang.
Apa, ingat nak cari kerja pakai kertas surat khabar lama ?
Semalam juga, Facebook dipenuhi dengan atas-tarikh ( baca : update ) status oleh pelajar-pelajar SPM aliran Sains Tulen berkenaan SPM yang sudah berakhir. Semuanya gembira meraikan kejayaan yang diperolehi. Semua status berkaitan SPM akan di'like' oleh calon SPM yang lain.
Cuma, yang akan menduduki SPM sampai 14 haribulan 12 sahaja yang tak like.
Sekarang, semua dah relaks. Buku-buku yang digunakan selama lima tahun ini semuanya sudah dimasukkan ke dalam plastik secara tidak kemas. Kan dah tak guna lagi kan ?
Sekarang ni pun sedang membaca novel yang selama tiga minggu masih lagi berplastik di luar. Nampak tak betapa aku tahan nafsu pembacaan aku ? Novel yang urban sesuai dengan peredaran hidup aku yang meningkat dunia dewasa.
Dah, sekarang tengah buat larian berganti-ganti antara komputer dan TV.
Seronok, hoi !