Jumaat, 2 Disember 2011

CURIGA

Bising di mulut
Pekak di telinga
Mulut terkunci
Mata terbuka

Itulah dirinya
Bunyinya agak curiga
Tapi percayalah
Inilah hakikatnya

Hakikat tiada siapa yang tahu
Hujan berbicara dengannya
Hanya tuhan saja yang mengenalinya

....

Dalam sekumpulan manusia dalam dunia ni, pasti akan ada seorang yang akan dianggap pelik oleh orang sekelilingnya. Walaupun kelainan pada seseorang itu hanya sekecil zarah sekalipun, jika ada yang terlalu prihatin seperti kebanyakan manusia masakini, pasti dia akan dicemuh dah dibuli secara mental oleh mereka yang 'tidak lain ' itu.

Tapi, dia menerima hakikat dunia yang telah ditakdirkan Tuhan walaupun ramai yang curiga dengan dirinya. Walaupun dia kurang mengetahui atas sebab apa perasaan curiga itu bersarang dalam hati manusia. Hati manusia yang sentiasa dengki pada spesies sendiri.

Cuma, biarkan dia bersendirian dengan Tuhan yang lebih mengenalinya.