Khamis, 8 Disember 2011

Intelektual.

Sebenarnya, aku tengah bosan. Bosan dalam mengharungi hari-hari tanpa kerja rumah, ataupun buku rujukan yang sebelum ini, memanggil-manggil dengan rayuan yang tidak boleh seorang lelaki elakkan. Mungkin daripada pandangan perempuan pula, buku rujukan itu memanggil seperti Jacob dalam siri filem Twilight ataupun yang terbaru Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu.

Namun bagi aku, buku-buku rujukan itu merayu bagaikan Taeyeon SNSD. Sudah tentu aku akan kalah dalam rayuan manjanya itu. Walau dengan ego aku yang tinggi sekalipun, dengan sekali panggil bersama suara manjanya, aku akan kalah.

Tetapi, SPM sudah habis. Buku-buku rujukan tersebut telahpun dibiarkan kembali berhabuk. Dibiarkan di sudut sepi tanpa aku sentuh walau sekalipun. Dibiarkan mereka tiga kali suci. Kertas-kertas yang dianggap penting sebelum ini pun sudah disusun rapi dan, dibuang. Secara rakus tanpa mengendahkan tangisan kesedihan yang terngiang di dalam telinga yang dicipta secara imaginasi.

Jadi, apa kena mengena tajuk di atas dengan isi kiriman kali ini?



Kan aku cakap aku bosan.