.. aku kurus sangat. Memang, dulu memang aku gemuk dan comel serta mampu menarik perhatian ramai orang. Dulu aku bukan kisah sangat badan aku, besar atau tidak, menarik atau tidak, hot atau tidak, berketak ketak atau tidak, berkawanwanita atau tidak, tapi yang pasti, aku yakin aku comel waktu dulu. Aku tak kisah semua itu, semuanya hanya didengar dan dilihat dengan sebelah mata dan sebelah telinga. Sebab sepupu aku pun mengalami kejadian yang serupa, jadi tak pernah rasa rendah diri langsung.
" Suka hati lah, aku suka makan, nak buat macam mana ? " , getir hati aku. Dulu.
Memang aku suka makan, cuba bayangkan, burger McDonald tu dulu aku boleh makan dua, McCiken dengan Filet O Fish. Memang tamak campur pelahap tahap tinggi punya. Nasi pula sepinggan mana cukup, dua pinggan baru dikira makan. Memang tak kira, makan dijadikan keutamaan nombor satu di mana mana sahaja.
Namun, itu semua tidak lama, menjejakkan sahaja ke sekolah menengah, kesedaran itu mula ada. Kesedaran untuk mengecilkan badan. Tetapi, pada mulanya tiada niat untuk kurus, cuma ketinggian meningkat secara mendadak. Ketinggian itu menarik lemak lemak yang dahulunya menggelebeh menjadi tegang. Sedikit sebanyak, membuatkan aku kelihatan kurus di mata orang lain.
Pada waktu dan ketika itulah, aku berusaha untuk menguruskan badan demi lebih menarik perhatian. Mengurangkan pengambilan nasi secara berlebihan, pengurangan membeli dua buger di MekDonal kepada satu sahaja ( baca : BIGMAC ) dan melakukan senaman secara ganas dan kejam.
Hasilnya, apa yang telah dilihat sekarang.
Tapi, sebab kurus tanpa otot yang menonjol, aku rasa aku macam tiang lampu.