kembali lagi.
walaupun anda mungkin akan membuat muka dengan lagak agak muak apabila terpaksa melihat notifikasi kiriman terbaru di 'dashboard' daripada penulis belog bermuka Kyuhyun ini sebanyak dua kali berturut turut. ya, saya juga nampak wajah gembira anda itu. namun, wajah itu membawa dua makna berbeza, samada anda gembira melihat lagu/muzik video terbaru dari Super Junior ini atau gembira melihat kiriman terbaru ini dari jejaka idaman. dan ada juga yang membuat muka seposennya. dan doposen. tiada perasaan barangkali. atau nafsu di bulan mulia ini.
tapi dengan kehadiran video ini, mungkin mampu menaikkan seri wajah mereka. tak pun mampu membuatkan energi mereka kembali ke tubuh badan mereka sehingga mampu melompat lompat kegembiraan dari atas katil ke lantai sebanyak dua puluh empat kali seminit.
yakuasadua, Super Junior telah kembali. mereka kembali dengan lagu terbaru mereka, Mr.Simple, jika anda tidak tahu, cuba angkat sikit tempurung itu agar angin udara hujan puasa dan cahaya mentari kembali menyinari kehidupan anda. tetapi, jika anda tidak tahu disebabkan kelajuan Internet anda telah disekat, saya hanya mampu senyum dan
gelak.
untuk pengetahuan juga, mereka semua ini adalah rakan karib saya. tak nampak ke wajah Korean-look saya ? hubungan saya dengan saya sangat rapat, ibarat isi dengan kuku selepas berbuka puasa kerana sudah lama tidak potong kuku. jika anda mahu nombor telefon salah seorang ahli SuJu ini, hubungi saya secepatnya kerana saya melayan menggunakan sistem 'siapa cepat, adam dapat' .
dan saya juga, merupakan anggota Super Junior ke 11 1/4. anggota tak rasmi katanya.