Sabtu, 6 Ogos 2011

Penilaian Puasa, eh Kurikulum Kali ke- TIGA.

setelah ia membisu seribu bahasa daripada ingatan semua pelajar hatta yang di asrama ataupun sekolah harian, kini ia kembali membawa sejuta mimpi ngeri yang akan menghantui mimpi kemudian hari. mungkin juga mimpi di siang hari atau bahasa lainnya, mimpi di siang hari. yang penting, tidak basah. kalau tidak , batal puasa.

pelajar sekolahberkaitan telah dikejutkan dengan pengumuman yang mengejutkan. jika ia merupakan pengumuman waktu berbuka puasa, mungkin ada yang gembira. tapi, dalam hal ini, sudah tentu tidak. pelajar membuat muka masam mencuka.

namun, pengumuman itu diterima dengan kaki terbuka kerana sudah tentu, ia mampu membantu untuk menguatkan lagi pemahaman terhadap apa yang dipelajari sebelum melangkah tangan untuk menulis di atas kertas periksa PERCUBAAN dan juga musuh utama SPM.

nampak berpendidikan bukan ayat di atas ?

jadi, saya dengan bercita citanya, akan membaca buku supaya tidak terkandas ketika menghadap kertas putih bertulis itu. dan, kemahiran menjawab berpandu juga akan dikemaskan.

dan mengharap juga, tiada soalan berkaitan aminuddinfaecesbukitsafa.