BM : Amboi. Boleh tahan nak jawab. Malulah kalau BM pun nak praktikkan kemahiran menjawab berpandu, kan ?
AG : Agak mencabar. Kemahiran menjawab berpandu tidak dapat dipraktikkan, kerana rakan sebelah menjawab kertas berlainan mazhab dan rakan sebelah lagi hanyah tingkap. Kenapa tak ada orang lalu ? Lagipun, bulan puasa, tak baik. Katanya.
Sejarah : Boleh ditahan. Agak mencabar. Dan kemahiran menjawab berpandu telah dipratikkan demi jawapan yang jitu dan padat. Sekali sekala, okay ?
BI : Ok. Boleh tahan. Eleh, satu soalan sahaja. Esei.
Sivik : Kita gelak dulu. Baru mula buat. Senang, celah jari. Macam makanan yang tinggal celah jari lepas berbuka.
Math : Agak mencabar. Cukup.
Kimia : Walaupun agak mencabar, digagahkan diri juga untuk menjawab. Kawan seven-lah kan ada ?
Biologi : Mencabar kesabaran juga. Kurang pahala puasa. Menjadi persoalan, kenapa tak ada tajuk bab 4 ? Cikgu tak tahukah, kami pakar ?
Add Math : Seperti sebelum belumnya, termanggu merenung soalan.
Agama 2 : Eleh, sehelai kertas je ? Tak mencabar langsung. Tapi, siapa yang nampak, harap diam.
Fizik : Dijawab secra deras. Kerana nak merdeka. Agak mencabar sanubari.