Bergantung kepada bila anda membaca kiriman ini, bulatkan jawapan yang betul mengikut darjah ketinggian matahari. Jika anda memandang sekeliling dan terlihat sesiapa dengan air liur basi di mulut, bulat lah pagi. Jika anda terlihat orang tak puasa tengah makan sembunyi sembunyi, bulatlah tengah hari. Jika tiada cahaya di sekeliling anda, bulat lah malam. Memang kena ajar ke semua ini ?
Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir pelajar sekolahberkaitan menjalani penilaian kurikulum mereka. Ramai yang bersorak gembira, dan ada juga yang terus berbuka puasa. Menyambut habisnya periksa, katanya. ( tipu ) Untuk mengetahui ulasan mengenai penilaian itu, pastikan anda terus setia menekan address blog ini dari semasa ke semasa tanpa jemu. Iyalah, jika terlepas, taku anda menangis sampai tak mahu ambil SPM. Mana tahu, ulasan merepek itu boleh dijadikan panduan bagi menghadapi peperiksaan yang akan mendatang.
Jadi, walaupun tidak ramai yang membaca blog ini, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.