Jumaat, 11 Februari 2011

THERE'S SOMETHING IN MY MIND

ye tuan dan puan. aku ada something yang aku terfikir minggu ini. ini semua disebabkan kerja karangan yg diberikan oleh cikgu ketika di sekolah. ye, di sekolah bukan di dalam tandas atau di rumah. faham ye ?

begini semua, tajuk karangannya adalah, " gejala sosial di kalangan remaja ".

remaja.
kita la tu. ( maksud saya, kalau anda berumur 21 tahun ke bawah, anda terkiralah sebagai remaja )
seperti yang terpampang di dada dada akhbar , badan badan akhbar, perut perut akhbar, serta kepala kepala akhbar, kebanyakan berita yang ditulis melibatkan remaja yang bertindak liar.

kebanyakannya menyalahkan remaja.
puncanya ? internet, televisyen dan lain lain.

Internet. Pornografi.
yeah. PORNOGRAFI.
mereka menyalahkan remaja melihat pornografi.
nak tanya, sebenarnya siapa yang buat laman web pornografi tu ?
orang dewasa.
orang dewasa tu pernah remaja ?
pernah.

so, point saya di sini.
remaja dahulu lagi bijak sebab bila mereka dah dewasa, mereka ada idea untuk buat internet, laman web pornografi, kereta, motosikal.

televisyen. Cerita cerita ganas.
nak tanya lagi, siapa yang buat skrip, idea, pengarah ?
orang dewasa.
mereka pernah remaja ?
pernah.

so, lagi sekali, remaja remaja dahulu lagi ada idea untuk buat cerita ganas.
mereka menyalahkan remaja zaman sekarang kerana terpengaruh dengan cerita yang ditunjukkan. jangan la tunjuk kalau tak nak remaja zaman sekarang terpengaruh, kan ?

point saya di sini, orang orang dewasa tak boleh nak salahkan remaja sekarang.

remaja sekarang hanya mengikuti apa yang remaja dulu dulu buat.tetapi, remaja sekarang mungkin lebih bijak untuk menilai.

( the most serious - random - post ever )