Selasa, 29 Januari 2013

Pelik?

Jangan kata pelik, kalau kau yang sendiri rasa. Mungkin sebenarnya, kau yang pelik.

Mada, ada satu impian pelik dalam hidupnya. Jika dicerita pada dunia, mungkin sudah dicela. Apatah lagi dengan tahap pemikiran rakyat Malaysia yang di laman sosial semuanya cetek-cetek belaka. Suka benar dengan pergaduhan dalam alam maya, suka benar dengan meng-'haram'-kan semua benda atas nama agama, suka benar menuduh tanpa kajian kerana terlalu bodoh sombong tak nak guna Google, suka benar menunjuk semua benda, suka benar mencaci dalam laman maya.

Itu baru pelik.

Namun, impian pelik yang Mada mahu adalah sesuatu yang di luar norma. Mungkin pada andalah.

Mada, seorang lelaki yang tiada berpunya hatinya pada sesiapa. Cuma dirinya, dan keluarga. Dalam diam, dalam pada hidupnya di muka bumi, dia ingin merasa sesuatu yang belum pernah lagi dicuba.

Dia ingin merasa bagaimana mengecewakan hati wanita yang mahukan dirinya.

Isnin, 28 Januari 2013

-kan.

Tahu apa yang menyedihkan selain bila kau tersepak bucu meja?



Bila sortie kau di-cancel untuk dibagi priority kepada orang lain, dan kau hanya ada 30 minit sebelum ini. Untuk satu bulan. Watdefakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Jumaat, 25 Januari 2013

(VIDEOCURI) Lost In Love - Taeyeon & Tiffany


You are not lost in love when you with me.

Tiga Kosong.

Akhirnya, 30 minit yang ditunggu hampir sebulan akhirnya di dalam log book.

Sebulan. Tahu?

Ha nampak malas nak bercerita?

Isnin, 21 Januari 2013

Sabtu, 19 Januari 2013

Akhirnya.

Betul kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan.

Ingat dah sampai Terengganu, harapan mencari gadis-gadis cantik semakin menipis. Walaupun bersebelahan Kelantan yang ratanya mempunyai gadis berkulit putih yang menarik hati, kita tidak boleh meletak harapan terlalu tinggi. Takut jatuh ke bumi, berderai kecewa hati. Ceh.

Namun, tidak disangka-sangka, rupanya Mydin yang tak pernah saya singgahi sepanjang hidup di Johor, menyimpan satu rahsia yang tak pernah saya ketahui selama ini. Satu rahsia yang mengubah segalanya-galanya. Satu rahsia ahh mana rahsia sangat pun.

Begitu ramai gadis-gadis universiti yang mampu mencuri hati hoi!

Selasa, 15 Januari 2013

Lepas.

"Sejak dua menjak ini, ku mecari fungsi kewujudan"

Dengar lagu Teman Pengganti feeling-feeling sedih lepas kena marah (baca: tegur dengan suara lembut tapi di-ceritakan senior sebagai satu yang merbahaya) dengan detachment commander. Hanya kerana aku (dan 6 orang lagi) cuti tanpa permisi, walaupun aku tak ada satu pun sortie kerana ya, Student Pilot License yang susah nak di-iisue oleh pihak berkaitan. SATU SORTIE PUN TAK ADA BAK HANGGGGGGGGG!.

Padahal dah diberitahu si warden, "ini hal kita-kita sahaja". Sebab diulang, sortie tak ada, lesen tak di tangan, kenapa pula mahu melanguk di hostel di tempat yang terpencil ni walaupun depan hostel adalah airport yang tutup pukul 10 malam? Airport dah canggih, senireka dah menarik, tapi hekeleh, 4 flight je ke? Senai lagi banyak! Ahh celaka punya warden, tak guna berurusan dengan orang macam ni.

Dah sekian rant aku untuk kali ini.
Oh lupa, FUCK YOU WARDEN !

Ahad, 13 Januari 2013

PAGI lawan MIMPI

Bangun pagi, dengan matahari
Mencari janji, yang kau tinggal tadi
Dalam mimpi yang aku tunggu
Aku termimpikan kamu

Mentari pagi menyinari hari
Walaupun hujan, kau masih meninggi
Hingga berdentang guruh di langit
Kau masih hadiahkan pelangi

Cubalah kau bangun pagi
Lihat aku yang di sisi
Masih lagi bermimpi
Mimpikan pagi, Oh
Janganlah kau bangun pagi
Terus saja bermimpi bermimpi
Biarkan aku yang pula
Hinggap di mimpi

Bangun pagi, disambut kicauan
Melihat bumi, yang dilimpahi hujan
Pagi yang gelap, matahari sembunyi
Jadi izinkan aku bermimpi lagi

Jumaat, 11 Januari 2013

Ungu.

"Gajet jangan ditenung lama, rosak juga tiba masa"

"Hmmpphhhh! Biar rosak, tapi setia pada dia di sana biar tetap di jiwa"

"Walaupun dengan hanya kau beli sarung Galaxy S2 berwarna ungu?"

"Kalau dah suka, warna kelabu awan hujan pun aku sangkakan ungu rinduku"

"Tak akan pudar?"

"Cinta pandang pertama si penyendiri abadi susah dipudarkan"

Selasa, 8 Januari 2013

Aku nak mencarut, tapi ditahan sabar.

Anda tahu bagaimana rasanya dibiarkan bermimpi untuk terbang di awan tinggi setelah enam bulan bertapa di dalam ground school, tapi tiba masa, Student Pilot License yang penting itu masih lagi belum di tangan? Salah si administrator yang kerjanya ... err aku tak tahu apa diorang buat. Mungkin makan je kot.

Ya saya merasa perasaan itu sekarang.

Dan izinkan saya untuk mencarut sekejap.

Isnin, 7 Januari 2013

INSIN

Berat rasanya
Untuk menghirup udara pagi
Pagi yang bekerja
Di Isnin yang dibenci

Baru rasanya
Bergembira di hujung minggu
Melepas penat seminggu

Gajet yang ditatang
Rupanya menyimpan penggera yang mendatang

Isnin yang dibenci
Sentiasa jauh dari hati
Hanya dipenuhi kata maki, dari pagi
Oleh mereka yang mencari
Masa depan diri dan nasi

Ahad, 6 Januari 2013

HERO

I'm not a batman
Neither an Iron Man
But I'm your man
You can call me your superman
(Don't laugh)

I can't fly
I can't bring you to the sky
But I'm rich like a Batman
Yes, I'm rich with love
Or you still can choose diamond
(Don't laugh)

I'm a hero
Without a mask or a cape
Just a hero
Just for you

I don't have built body like the Captain
Just a six pack, been wrapped by fat
But I'm like a Spidey
Pulling you to me

Lighten your day, I'm the Green Lantern
The ring your wore lighten my day
Your favourite colour is green, the colour of me, the tough guy
But mine is purple, the colour of you
Just don't let me get jealous of you

Madka #12.

Kalaupun kau jauh, aku masih lagi menghidu baumu terima kasih pada bayu yang mendatang.

Jumaat, 4 Januari 2013

Piza.

Aku nak tulis dalam bentuk italic, supaya nampak romantik pagi-pagi ni.

Wahai si gadis trainee Pizza Hut dekat Giant Kuala Terengganu, kau dah curi hatiku.
Gaya kau membuka register cash, betul-betul mencairkan keegoan yang membina dalam jiwa.
Tidak sangka aku, hanya kerana laparkan piza, aku dapat berjumpa si bidadari syurga.
Muka mu putih, ibarat seafood lasagna dan cheese mozarella atas Chicken Supreme yang ku beli.

Tanganmu yang menarik resit, adalah tangan yang mampu mengoncang buaian anak kita nanti.
Suaramu menanyakan pesanan, umpama suara si cupid melarutkan asmaradana.
Senyummu, masih lagi terngiang dalam jiwa tatkala aku menunggu kelaparan menunggu piza.

Tunggu aku, gadis trainee Pizza Hut dekat Giant Kuala Terengganu.

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat kena belasah, eh Tahun Baru!

Saya, semalam menyambut barunya tahun Masihi dengan cara paling 'menyeronokkan' di tempat baru.

Di samping berita mengenai akan adanya lebam di bahu sebelah kiri, saya dan rakan-rakan lain telah melalui orientasi kejam-tak-kejam dalam dunia.

Apapun, SELAMAT TAHUN BARU !