Khamis, 28 Ogos 2014

"Kalau kau dah jahat, tolonglah jadi jahat terus. Tak payah susah susah aku nak teka kau ni baik ke jahat"

Rabu, 27 Ogos 2014

We, right now, live in the world where people love to be wrong

Isnin, 18 Ogos 2014

'ntah.

Kau mesti ada satu benda yang kau pernah suka, tapi sampai satu masa kau terpaksa benci.

Benci sebab benda tu tersilap gaya, tersilap cara.
Benci sebab benda tu tak menjadi seperti apa yang bayangkan dalam kepala.
Benci sebab kau bukan milik dia. Dia bukan milik kau.

Kau cuba buang jauh jauh, biar tak terbayang bila melalui hari hari mendatang.
Tapi bila kau dah sayang, kau dah bagi sepenuh hati, dia akan patah balik jugak.

Macam aku buang wallpaper Taeyeon masa berita paling buruk dalam dunia aku pernah dengar.
Aku cuba terus hidup. Hendak move on.

Tapi end up, aku beli laptop baru.

Lepastu download balik wallpaper Taeyeon sampai penuh.

Ahad, 17 Ogos 2014

Bukan jalan ini.

Aku menguap. Bangang, lembab betul masa berjalan.

Teh ais dah tiga, nasi dah dua pinggan. Sate dah 5 cucuk. Bila dah dihadam semuanya, maka mata pun dah mula menutup tirai. Tahu kan betapa seksanya menahan mata yang meminta untuk dikatup?

Toleh kiri kanan, semua mata dah tertancap pada skrin yang sama.

Haish, susah betul jadi laki yang tak minat bola.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Laaaaa.

Tahu tak apa benda yang selalu mengjengkelkan di hari mulia hari Jumaat?

Ayat "pergi Jumaat lah".

Bila azan pun belum, bila khutbah pun tak mula lagi, bila pintu pagar pun pak imam baru buka mangga, bila baju-melayu-yang-buat-turn-on pun tak gosok lagi, bila perfume baru berplastik lagi.

Ahad, 10 Ogos 2014

"kan?"

Berpeluh.

Menitik dari dahi, turun ke mata. Pedih bila peluh masuk mata ni. Kena tenyeh bagi hilang gatal.
Dah lah panas.

Haish tak selesa betul pakai uniform pilot ni.

Di kedua belah bahunya, ada epaulette hitam dengan satu garis warna perak.
Tali lehernya, tersemat lambang sekolah penerbangan yang gah.
Di poket bajunya, ada kaca mata hitam jenama Rayban yang bukan dari Wakaf Che Yeh.
Tersemat juga pas Malaysia Airport Berhad berwarna biru di dada untuk masuk ke kawasan hangar.

Dengan penuh gaya, dia melangkah masuk ke kawasan hangar dengan semangat yang jitu.

Di sebelahnya pula, ada seorang lelaki yang berjalan sama.

Sempoi.
Topi lusuh.
T-shirt berkolar lusuh.
Jeans lusuh.
Kasut sahaja yang nampak 'pilot'.

Tiba-tiba terpacul soalan dari mulut si sempoi,

"Eh kita budak flying club, kan?"
Yang tak tahu, budak fling club tak payah pakai uniform pilot.

Sabtu, 9 Ogos 2014

#nowplaying Am I Wrong

Jalan mana satu ni?
Betul ke tidak ni?
Mana cahaya yang aku cari ni?

Hmm, nampak gaya jalan je lah ye.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Ugos? Ogus? Bogus?

Dah Ogos.
Bila tah nak habis.
Ini kira tapau #postharipertamadalamsebulan Julai lepas.

Dah malas.