Isnin, 31 Disember 2012

Bon Voyage. Amboi.

Ini adalah nukilan semalam, semasa bilik berada dalam keadaan hura-hara kerana sedang menggemas hasil dalam negeri bilik untuk berhijrah pula ke Terengganu demi mengejar impian menjadi juruterbang yang bermula daripada satu bar, bukan seperti Adam dalam cerita Adam dan Hawa yang tidak lepas one go phase one-nya. Terima kasih kerana membaca disclaimer ini (walaupun tak ada orang yang baca blog aku pun).

Jika anda membaca kiriman ini, saya mungkin sedang berada di dalam bas ke Terengganui. Mungkinlah, kerana janji Melayu lazimnya mana ditepati. Bas yang sepatutnya bergerak pada pukul 9 mungkin sahaja akan bergerak pada pukul 12 tengah hari, bergantung pada faktor perut pemandu bas ataupun penumpangnya. Jika baik, baiklah jawabnya. Namun jika tidak, bersedialah untuk sampai ke Terengganu pada waktu malam. Dah lah Terengganu banjir. Tak bawak swimsuit lagi. Ha nampak tak nak buat lawak pasal banjir jadi swimming pool ? Tak lawak bukan ?

Selain itu juga, saya juga sedang meng-google kewujudan wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari di Terengganu. Semoga berjaya dan bahagia hidup di sana di samping lebam di badan. Oh ya dan juga gadis-gadis Terengganu. Adakah mereka akan mengalahkan keputihan gadis-gadis Kelantan yang tak sempat saya goda ? Kita tunggu sahaja.

Jadi, selamat tinggal Kelantan (baca: gewe Kelantan) buat masa ini. Jumpa lagi pertengahan tahun depan!

Sabtu, 29 Disember 2012

Cuti dah habis ?

Kini, saya sudah berada di dalam bilik di negeri yang tiada wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari. Oh ya lupa, dan juga banjir yang tak surut lagi tapi kenapa dekat penempatan aku ni tiada titik-titik noda hujan mahupun awan nano gelap menyertai lelap kami di sini ?

Tamat juga akhirnya cuti seminggu di negeri yang ADA wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari. Dan juga negeri yang ada kelab bola sepak paling famous dalam Malaysia. Serta teman tapi ringan-ringan yang ada di sana. Ahh nampak sangat tipu. Dia kan ada dekat Korea ?

Dengan berakhirnya itu juga, saya bawa balik Samsung Galaxy SII ke negeri yang tak ada wayang, Starbucks dan mamak yang mudah dicari. Hadiah besday haha!

Khamis, 27 Disember 2012

Selamat Hari Jadi !

Untuk diri sendiri yang baru nak berumur 18 tahun.

Tapi mana Taeyeon untuk singgah di hati?

Oh lambat lagi.

Rabu, 26 Disember 2012

Pudar.

Susah juga bila hidup sebagai manusia yang tidak adventurous serta masih lagi tidak menggunakan duit yang dikumpul untuk membeli baju-baju indie, selain daripada meminta duit daripada ibu bapa yang dikasihi.

Sebagai manusia yang tak pernah menyusahkan fikirannya dengan fikiran yang bukan-bukan baik dari segi girlfriend mahupun kehidupan bergaduh tahap twitfamous ataupun perlu berfkir mana mahu dating esok pagi ataupun risau kekasih diambil orang. Mungkin ada yang saya fikirkan adalah, bila saya nak ada girlfriend-yang-saya-tahu-adalah-Taeyeon ?

Disebabkan kurang kehidupan so-sial saya, ditambah pula sejak duduk di Kelantan saya sudah lama tidak memandu, saya semakin kurang adventure story yang hendak ditulis di laman maya tidak dianggap ini. Yang ada hanyalah penyesalan saya memilih untuk belajar di negeri yang tiada Starbucks, wayang dan mamak yang mudah dicari, Kelantan. Mamak dekat Kelantan adalah kedai nasi kandar yang dicop mereka sebagai mamak. Memanglah kedai tu India Muslim yang jaga, tapi itu bukan mamak ya gewe Kelantan sekalian. Nasib baik gewe Kelantan ni comel-comel, nafsu kadang memuncak juga. Eh.

Jadi, itu sahaja yang perlu diberitahu tika ini. Semoga berjumpa adventure di lain hari.

Kalau ada lah.

Selasa, 25 Disember 2012

Madka #29?

Eh mana Pak Santa, yang patutnya bawa Taeyeon si pujangga hati ke mari?

Isnin, 24 Disember 2012

Madka #28.

Can I be the one girl, I should be the one, can I be the one, I'll give you the world.

Sabtu, 22 Disember 2012

Pengikut-tak-setia.

Kebelakangan ini, aku lebih suka membuat tajuk dan membuat huraian berdasarkan tajuk yang aku fikirkan. 'One word' esei katanya. Kalau ikut kan peperiksaan percubaan yang lepas, aku mungkin akan tersalah format hingga markah terjunam teruk dan memalukan aku sebagai bangsa Melayu. Kalah markah dengan bangsa Cina yang duduk di sebelah aku. Mana nak letak muka ?

Tapi di dalam blog, tidak lagi.

Madka #26.

Jangan berjanji, kalau kau tak ada kunci untuk simpan janji.

Jumaat, 14 Disember 2012

Gentle lah.

Gajah semalam buat plastic surgey. Ingat kan gentleman, rupanya ladyboy. Main bagai pengecut.

Pengadil semalam bukannya dari Korea Selatan, tapi saudara jauh Kim Jong Un, itu yang tindakannya umpama komunis yang tak dapat buat tandas dekat Korea Selatan. Ikut prinsip Karl Max katanya.
Pui.

Dan ya Harimau Malaya, t-shirt itu masih lagi tak berbasuh dan akan saya pakai bila berjalan di Kelantan ni.

Rabu, 12 Disember 2012

Dua belas-ception.

Hai, saya scheduled kan post ni semalam, biar keluar hari ini.

Semata-mata tarikh terakhir yang nombornya serupa dari hari ke tahun.

Dan ya, ulser haritu masih tak hilang lagi.

Isnin, 10 Disember 2012

SAMA

Pandang langit
Di awan biru, begitu indah
Pandang awan
Dalam malam bersama bintang

Kau dan aku
Berdua di bawah bintang yang sama
Walaupun kita jauh
Hati kita masih sama

Kau dan aku
Melihat bintang yang sama
Bersama bulan yang terang
Dan bayu laut yang mendatang

Aku masih di sini
Dan mengharap kau pun sama
Merasa apa, yang ku rasa

Tak larat. Konon.

Setiap kali habis kelas, setiap kali sampai di bilik tercinta, aku terus buka Internet untuk melihat apa yang patut dan apa yang "patut". Demikianlah hidup aku sesudah tiga bulan di Kelantan ni dalam melalui latihan untuk menjadi juruterbang terlatih dan akhirnya dapat berkahwin dengan Taeyeon.

Menyingkap laman fb yang aku buka, aku terpandang status yang geli-geli, aku panggil.

"Ta larat, demumm meyh"

Kau nak aku lempang muka kau?

Seri.

Jangan berduka wahai harimau-harimau sekalian, jika seri melawan gajah, aku akan tetap pakai t-shirt Harimau Malaya yang tak berbasuh itu. Takkan aku koyak mahupun bakar di sebelah kedai Pak Bakar.

Lagipun, Thailand tu guna tukang masak kedai tepi jalan yang masak tom yam yang terlebih tom tom bak, pemain sepak takraw yang rejamannya sampai berlubang tandas stadium serta pak cik KFC yang beli roti Zinger Burger keras dan  merekah dekat airport Kota Bharu. Terpaksa juga makan sebab dah beli.

Khamis, 6 Disember 2012

Plaing.

Hanya aku, berteman teh ais (paling manis!) di atas meja.

Teh ais yang menjadi penghubung dua mata antara mata aku dan juga penghantar pelega dahaga (perempuan).

Cuma yang buat aku tertanya, teh ais ni manis sebab penghantar tu ke sebab tempat ni Kelantan?

Rabu, 5 Disember 2012

Benar.

Sekarang, drama Adam dan Hawa yang ditayangkan semakin popular.

Apa yang anda tidak tahu adalah drama berkenaan adalah kisah benar.

Kisah seorang Adam yang merupakan seorang juruterbang yang berjaya membawa A380 ke London ulang-alik tiga kali satu hari, esoknya pula bawa 747-400 pergi Johor. Ha nampak sangat tipu, pergi Johor pakai 737-400 je. Selain terer, beliau juga kacak, baik budi pekerti, dan selalu sedekah maggi dekat housemate masa under-training dulu. Baik budaknya. Tak terjangkau betapa bagusnya Adam ni.

Eh hai lupa beritahu, nama saya Adam.

Isnin, 3 Disember 2012

Sabtu, 1 Disember 2012