Ahad, 31 Julai 2011

Hey, kita tak ada pemain naturalisasi

Hari itu. terdapat satu perlawanan bola di antara Harimau Malaya dan SingaPURAPURA . Perlawan yang menentukan keputusan samada dapat mara ke pusingan seterusnya untuk kelayakan Piala Dunia. Dan menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia samada di kedai kopi atau di dalam bilik air ataupun semasa tidur. Bercakap dalam mimpi.

Ya, saya termimpi Malaysia kalah 9-2 sehari sebelum perlawanan itu.

Seperti rakyat rakyat Malaysia yang lain, aku setia duduk di depan televisyen Full HD dan membuka saluran ASPN HD. Setia menunggu sepak mula. Hati dah mula bersemangat bila Negaraku dimainkan dan dinyanyikan seluruh stadium. Macam nak nyanyi sama, tapi sekadar menyanyi dalam hati. Dan, perlawanan bermula.

Semangat yang membara terus diluahkan walaupun hanya mampu menjerit ( baca : bisik ) di depan tv. Dan juga di dalam hati. Menanti saat Safee menjaringkan gol merupakan saat yang ditunggu hampir kesemua rakuat Malaysia. Semestinya kita, rakyat Malaysia, begitu mengharap untuk mara ke Piala Dunia. Jika tidak ke sana sekalipun, mengharap dapat mengalahkan negara yang pernah diperintah Lee Kuan Yew itu. Puih dia.

Akhirnya, tamat separuh masa pertama tanpa sebarang apa apa jaringan. 0 - 0 .

Dan ya, pada masa iklan, kita buka cerita Korea.

Bermula kembali. Separuh masa kedua. Hati kembali bersemangat dan ingin sahaja aku sembahyang hajat depan tv tu dengan harapan dapat mengalahkan Singapura. Tapi, aku berdoa sahaja. Sebab lupa ayat doa yang dibaca masa sujud terkahir itu. Heh.

Tiba tiba, Safee dapat menjaringkan gol dengan begitu cantik serta mantap. Menjerit kegembiraan. Dan di stadium juga begitu rasanya. Kuat jika diikutkan kadar volume di tv Full Hd itu. Rasanya hampir seluruh rakyat Malaysia bersorak pada waktu itu. Dengan tersenyum lebar, sambung menonton perlawanan tersebut.

Tapi, yang disorak itu tidak lama. Pemain SingaPURAPURA yang diimport itu telah dapat menjaringkan gol dek kerana tuah yang tiba tiba menyinggahi pasukan Singapura. Khairul Fahmi dan barisan pertahanan sedaya upaya menyekat. Tapi nak buat macam mana, ada luck pula.

Dan baki perlawanan hanya 'diserikan' dengan helah pemain SingaPURAPURA yang tercedera ( baca : tipu ). Termasuk goalkeepernya. Padan muka kena kad. Tapi attitude ditunjukkan mereka sungguh celaka.

Pasukan Malaysia, rakyat Malaysia sayang anda.

SingaPURAPURA, aku rasa aku tak akan pergi negara kau lagi. Sampai negara kau kalah.

Sabtu, 30 Julai 2011

Puasa.

Bulan mulia itu kini kembali.

Harap maklum, sila tukar kalendar di rumah anda atau di henfon mahal anda, ke tahun Islam. Atau jika henfon anda tidak beberapa Islamik, sila kembali lihat ke kalendar anda. Anda nampak tidak tulisan kecil yang berwarna itu ? Tak nampak ? Selama ni, tanda tarikh hari lahir temantapiringanrigan anda, tak kan tak perasan ? Tak pun, mengira hari untuk bercuti. Tak nampak juga ? Bak kata P.Ramlee, kalau tak nampak, tak lama la tu.

Jika anda baru hendak membelek kalendar anda, lupakan saja. Kerana saya akan memberitahu anda tarikhnya.

Kejap, tengok kalendar. Heh.

1 Ramadhan 1432 bersamaan 1 Ogos 2011. Hari pertama puasa. Ingat, aku dah bagitahu ni.

Pada hari Ahad mendatang ini pula, anak bulan akan dilihat oleh pakar-melihat-bulan kita.

Selamat tinggal makanan sarapan yang dimakan ibarat makan tengah hari, makanan di kantin sekolah yang tidak pernah bertukar, makan tengah hari yang dimakan macam tak makan sarapan tadi, makan petang yang dah macam makan malam, dan makan lepas-tengah-malam di restoran makanan ringan. Ada juga yang pergi ke restoran makanan berat.

Tidak lupa kepada segala dosa yang pernah dilakukan samada sedar atau separuh sedar. Atau pura pura tidak sedar.

Moga dijauhkan pada bulan mulia ini.

Jadi, saya harap anda berpuasa cukup sebulan ini. Tapi,

pengikut tak-berapa-setia blog ini semua wanita, memang sah tak cukup.

Heh.

Lepas ni, dah tak boleh korek hidung lagi, kena tahan.

Jumaat, 29 Julai 2011

( tulis tajuk yang bersesuaian mengikut daya pemikiran anda, atau lebih kasar, IQ anda )

Mata yang ditahan kini bergenang. Menunggu masa untuk mengalir laju bak sungai di Gunung Kinabalu. Hendak dikatakan air mata darah, sudah tentu nanti nyamuk akan berkumpul di sekitar mata itu. Dan akan menyebabkan matanya bengkak.Sudah tak hemsem nanti, bagaimana mahu mengahwini IU, Taeyeon, Jiyeon atau Suzy ? Jadi, ia bukanlah air mata darah. Hanya air mata semata mata. Air mata dari mata semata mata.

Berlari selaju yang mungkin bagi menyelamatkan sesuatu yang pasti. Yang mampu menjadi titik persimpangan antara hidup atau mati. Berlari mengejar bilik yang kecil itu. Kecil tapi penuh kesakitan. Bilik yang penuh dengan rintihan manusia yang menyinggahinya. Sungguh banyak seksaan yang telah dihadapi mereka. Kadang kadang kedengaran suara dan kadangkala tidak kedengaran langsung bunyi yang keluar dari bilik 'neraka' itu. Mana yang lemah, akan terus berada di dalamnya. Sedangkan mereka yang kuat juga tidak diketahui nasib mereka. Sukar diagak apakah rancangannya.

Peluh yang keluar sudah banyak menitik jatuh ke Bumi. Sudah banyak seksaan yang dilalui oleh penghuninya. Perkara yang ditahan sekian lama akan tiba ke penghujungnya. Ya, kini telah tiba masanya untuk segala permasalahan ini diselesaikan secara berdepan antara satu sama lain. Walaupun ada di antara satu ini akan tewas, perasaan gentar itu tidak ada dan tidak sekelumit pun akan memberi kesan kepada pertarungan epik serta terulung ini. Yang kalah akan tetap kalah, dan yang menang akan terus berkuasa.

Namun, kuasa ini tidak boleh ditewaskan dengan mudah. Bukan boleh dihapuskan dengan hanya memetik jari kaki. Sedangkan menggunakan jari tangan pun belum mampu menghapuskan musuh nan satu ini. Ada sahaja cara dan helah yang akan digunakannya demi memastikan lebih ramai umat manusia tertewas dengannya. Manusia perlu lebih berhati hati ketika berhadapan dengannya. Mereka perlu mempunyai semangat yang kental dan fizikal yang kuat.

Mendengar namanya sahaja pun, sudah mampu membuatkan manusia bersembunyi di bawah katil ataupun bersembunyi di dalam bilik air.

Ya, aku bercakap pada kau, SAKIT PERUT.

Khamis, 28 Julai 2011

PAPERBALL

I'm lonely right now
Waiting for my drink
And standby for the meal
And a girl over there
Trying to get my intention
With a paperball
Paperball full of words
Words of flirts

She has a cute face
Just the way i like it
She has a perfect body
Just the way i love it

And all of this
Just start with a bunch of
Paperball

...


Kalau duduk diam tanpa ada kata-kata dan si Dia di sana menunggu kata mula, takkan dibiarkan sahaja ? Sebagai lelaki, memulakan langkah adalah sesuatu yang dipanggil budiman.

Ahad, 24 Julai 2011

( VIDEOCURI ) [2011 GIRLS' GENERATION TOUR] 뻔&Fun(Sweet Talking Baby)_GIRLS' GENERATION


mereka membuat konsert jajahan, eh jelajah mereka. ya, hati saya dijajah mereka. awwwww.
ini sebenarnya untuk kepuasan sendiri. anda tak mahu tengok pun tak apa.


dan ya, saya tidak terlibat dalam kumpulan ini. ini kan kumpulanwanita ?
#dearfuturegfs

( VIDEOCURI ) [SMTOWN LIVE WORLD TOUR in PARIS] Super Junior_Don't Don



Masih lagi sengaja. Mahu menarik perhatian.


Dan, jika anda perasan juga, pada 1:58, anda akan ternampak SAYA. ya.

Jumaat, 22 Julai 2011

Sakit. Mata Ikan.

Harap maklum, apa yang anda akan baca selepas ayat pendahuluan ini, adalah satu luahan hati terendam yang amat dalam dan mempunyai makna yang sungguh tinggi.

Jadi, lapangkan minda anda. Huih ayat.

Sakit itu subjektif.
Ada yang sengaja mencari penyakit.
Dan ada yang tersengaja.

Bagaimana mencari penyakit ?
Anda dengan sengajanya bogel memasuki hutan. Serta mengacau busut ataupun sarang tebuan yang membesar di dalam hutan rimba itu. Orang kata, jangan dijolok sarang tebuan. Nak jolok lain boleh. Opps, terberbaur seksual pula.

Saya tidak sengaja mencari penyakit. Dengan menulis kiriman ini.

Bagaimana pula tersengaja mencari penyakit ?
Ini paling senang. Anda merupakan pelajar sekolah, dan anda, bukanlah seorang pelajar yang rajin.
Maksud rajin di sini adalah, membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu berkaitan secara sendiri walaupun berlambak sekalipun. Sudah tentu anda bukanlah seperti yang di atas, kan ? Senyum tu, betullah tu.

Nanti kena marah dalam makmal Fizik tahu ?

Jadi, sudah tentu, meminjam buku kawab adalah satu kemestian dalam senarai-perlu-buat anda. Lebih teruk lagi, buku itu perlu dihantar pada hari anda meminjamnya. Rakan anda berbelah bahagi darab terpaksa memberi kepada anda. Ala, rakan anda yang anda pinggirkan itu ? Anda membuat kerja yang diberikan ( baca : menyalin bulat bulat ) kerja yang tidak siap itu.

Tiba hari ditetapkan, anda lupa membawa buku tersebut. Hati yang sedang menyarsi ( baca : menyirap ) itu, telah membuatkan rakan anda mengepalkan tangannya. Akhirnya, meninggalkan bekas di pipi.

Dan ya, itulah yang dimaksudkan dengan tersengaja mencari sakit.

Dan yagandadua juga, saya sakit tengkuk. Adui.

-----------------------------------------------------------

Ini adalah kiriman yang patut dikirimkan sebulan yang lepas. tapi, disebabkan faktor malas, anda faham faham sahaja.

Lapangkan lah fikiran anda. Sekali lagi.


Selamat pagi/malam/tengah hari.

Pada minggu ini, saya telah mengalami satu penyakit yang telah memberi kesan secara total kepada diri saya. Dari segi mental, emosi dan fizikal.

Batin saya juga terseksa.

Mata ikan ini terhasil disebabkan kekurangan air serta kurangnya pengambilan sayur sayuran. Tetapi saya makan sayur. Kan di setiap burger di restoran makanan pantas, ada sayur ? Dan juga di dalam makanan mak saya. Manakala bagi air pula, mungkin disebabkan jadual yang ketat. Ataupun sibuk belajar.

Penyakit ini telah banyak menyusahkan saya. Banyak urusan saya telah terjejas dek mata ikan ini. Sebagaimana orang KL terjejas dengan perhimpunan haram tapi bersih itu, sebegitu jugalah yang berlaku pada saya.

Saya hanya mampu menangis menanggung kesakitan itu. Kesakitan yang teramat perit untuk diterima oleh badan manusia. Tambahan, saya tidak mampu untuk bercakap dengan sesiapa. Maksud saya, secara tajam. Dan menusuk kalbu.

Seperti yang rakan rakan saya tahu, saya merupakan seorang yang suka bercakap. Atau dengan kata lain, memerli kawan. Heh.

Mungkin rakan rakan saya yang mendoakan saya supaya terkena mata ikan ini. Mana tahu.

Jadi, secara konklusinya yang tiba tiba saya terfikirkan, kita perlu mencuba menghindari mata supaya ia tidak melarat dengan kerjasama pihak berkaitan.


Makin sesak bukan fikiran anda ?

Ahad, 17 Julai 2011

( VIDEOCURI ) [SMTOWN LIVE WORLD TOUR in PARIS] SHINee_Replay


disebabkan pengikut setia belog ini kebanyakannya adalah wanita, aku sengaja meletak video abang abang hemsem. tapi, mereka tidak segagah yang di bawah. abang yang mana ? cari.

jadi, aku harap, penggunaan rasuahtidaklangsung ini mampu mengajak anda ( baca : wanita ) untuk mengikuti saya ke mana mana sahaja. maksud saya, mengikut perkembangan belog ini secara setia dan tanpa berbelah bahagi ataupun darab. dan juga, mengajak rakan rakan anda untuk membca luahan hati dan perasaan saya yang amat serius ini.

perasan tidak, daripada aku kepada saya ?

oleh itu, dengan harapan, video ini mampu membawa keramaian pengikut pada masa akan datang.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.



dan ya, abang yang paling tinggi itu, SAYA juga.

eh, terima kasih lagi. ikhlas ?

terima kasih kerana memilih untuk menekan butang itu.

ikhlas ?

SAVING FOR A GOODBYE

When i have to go far from you
I promise you dear
I will never forget you
But i will never tell you now
Because i save it for a goodbye

I'm sorry for never tell you
A goodbye may be not good for you
I will tell you this
I saving it for a goodbye

Later then my dear
See you for another time
I wil never tell you this
Because i'm saving it for a goodbye

....

Kalau ada yang disayangi itu pergi, mungkin ada benda yang lebih penting menunggu di hujung hari. Biarkan saja.

Nanti dia akan pulang demi mengucapkan,

Selamat Tinggal.

Sabtu, 16 Julai 2011

HAHAHAHA

testing. nyeahh.


AYAT NI PUN TESTING.

( VIDEOCURI ) [M/V] 2PM "HANDS UP(East4A mix)" from HANDS UP


maaf semua.
sudah lama tidak menulis secara melulu.
atau dalam bahasa kasarnya yang dicipta oleh rakan rakan saya, atau molek dipanggil musuh dalam selimut, merepek.

jadi kali ini, seperti dahulu kala, saya sengaja meletak video.
dek kerana kebosanan di waktu pagi.
lainlah kalau saya mempunyai temantapiringanringan, boleh saya ringan ringan, eh, bermesejan dengan dia. boleh saya menulis 'morning, yang' , 'moaning' , ataupun jika saya terlewat bangun, saya akan menulis, ' good night ' . namun, realitinya, hanya mimpi.

tapi saya masih menanti #dearfuturegfs

ya, nampak tajuk pun anda dah senyum bukan ?
melihat abang abang gagah dan hemsem berada di dalam satu video.

dan ya, ini 2PM. atau dalam bahasa melayu baku, err, 2PM.
lagu baru mereka.
tapi versi remiks. untuk versi biasa, sila cari sendiri.





dan, jika anda perasan, lelaki yang memakai cermin mata itu, adalah SAYA.

eh, terima kasih banyak. ikhlas ?

terima kasih banyak banyak. sebab sudi mengiklan.

ikhlas kan ?

dan, idea sudah kering. kering habis.

mana pula idea sarkazam yang dulu selalu jengah ?

mana idea nak perli wanita zaman sekarang ?

mana idea nak bersarkazam ?



haish. susah nak jadi penulis berkaliber.
idea yang ada tinggal sekerat cuma.

macam mana nak hiburkan pengikut yang boleh dikira dengan jari kaki ini ?

haish. terpaksa tengok belog #adindaevans. cari idea katanya.







eh, dah tak ada ?

tak apa, kita tengok Harry Potter ataupun tengok Harimau Malaya !

Jumaat, 15 Julai 2011

YAHOO !

Semenjak dua tiga empat menjak ini, bergantung kepada bila anda membaca kiriman ini, aku sering merasa resah gelisah dan basah. Basah sebab apa, tak tau. Semua kerja yang dilakukan ibarat tidak kena masa dan bermasalah sahaja. Mandi tak kenyang, makan tak lena serta tidur tak basah.

Dan telefon pula sering menjadi teman tidur sekatil.

Nasib baik tiada jantina.

Apa yang telah berlaku pada diri ku ini ?

Setiap hari, telefon mahal itu direnung berkali kali tanpa jemu. Namun, masih hampa. Celik sahaja mata, telefon mahal itu dicari. Dan, masih hampa.

Hampa kerana mesej yang ditunggu tidak jua sampai menjengah telefon mahal itu. Hal ini bukan apa, masa depan ramai pelajar bergantung kepada apa yang terkandung dalam mesej itu.

Kerana terlalu lama menunggu, aku mengambil keputusan untuk menghantar lagi mesej kepada pihak berkaitan.

Dan tidak sampai lima minit, mesej yang selama ini dinanti akhirnya kunjung tiba.





" Maaf, anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012 "







dan ya, YAHOO !
boleh berparti sampai tak tidur tahun depan.

Ahad, 10 Julai 2011

Perkara dilakukan ketika di wayang.

1. Metekedarah.
Setelah membeli blah makanan yang terlampau banyak, tak kan nak bagi orang dalam wayang ? Jadi, segala makanan itu akan disumbat ke dalam mulut tanpa menghiraukan jiran sebelah yang terliur.

Atau mungkin juga terganggu.

Dan pastinya, anda tidak tahu apa yang jalan cerita filem yang ditonton.
Kerana anda sibuk menghabiskan makanan yang dibeli.

Jadi, anda harus membeli tiket filem itu sekali lagi kerana berasakan tindakan anda tadi merugikan. sedar pula merugikan ?

2. Tidur.
Jikalau anda membawa temantapiringanringan anda dalam mating, eh, dating, sudah tentu mereka akan memilih cerita romantik. Datang mood. Mood untuk apa, itu kita tak tahu.

Jadi, setelah berjam jam berjalan mengelilingi tempat dating anda itu, sementara menunggu waktu tayangan, sudah tentu badan akan menjadi penat dan kaki dah longgar. Perempuan tak apa, nafsu dia banyak. Oleh itu, waktu di dalam wayang digunakan sepenuhnya untuk merehatkan minda tanpa menghiraukan teman anda yang ingin bermanja.


3. Menggatal.
Anda ini ( baca : mereka yang bermating ) pernah lakukan , bukan ?

Samada sengaja mengeliat, ataupun berlaga laga kaki. Ataupun meletakkan baju sejuk yang dipakai di antara anda berdua. Tangan dekat bawah tu, tak tahu buat apa.

Tak pun, sekadar meletakkan kepala di bahu temantapiringanringan anda.
Jangan pula ada cumbuan mesra.



Ahhh, so sweet.

And gatal.

Diari Orang Tak Pergi KL.

Wahai diari busuk yang semakin busuk dari loji ini, berikan aku peluang untuk menghamburkan lagi kata kata kasar serta kesat ke atas helaian kertas kasar kau ini.

Diari,
Rakan rakan aku baru sahaja meninggalkan aku keseeorangan di dalam kelas penuh kesunyian dan kesengsaraan ini. Mereka semua sudah pergi ke KL bagi mengikuti lawatan sambil berjalan di sana. Mungkin juga mencari temantapiringanringan sampingan.

Sanggup mereka meninggalkan aku tanpa sepatah kata. Kalau tidak sepatah kata pun, bagi la yang tak patah. Sampai hati mereka dengan sukarelanya meninggalkan aku di sini ?

Tahulah mereka pergi ke PETROSAINS. Sengaja mahu mencemburukan aku. Mereka ingat aku akan terpedaya dengan tipu helah mereka yang mengatakan mereka akan melihat MPO ? Aku tidak akan percaya dengan semua itu.

Ingat aku akan berduka bila mereka dengan gembira berbual tentang wanitaidaman mereka di dalam bilik ? Atau memakan di Carl Kecil ?
Tidak, aku tidak akan mudah kecewa dengan semua itu.

Jika mereka mampu ke Zouk sekalipun, sudah pasti tiada siapa akan mempercayai mereka. Tetapi jika mereka mampu masuk ke dalam bilik perempuan, itu aku percaya. Kerana mereka semua memang gatal gatal belaka.

Huh. Hih. Dan hah.

Tak apa, satu hari nanti, pasti aku akan dapat ke KL.














Tak pun , ke Kampung Laut. KL juga.

Jumaat, 8 Julai 2011

Apa Rasa Brekap ? ( break-up )

Ini adalan kiriman antonim kepada 'apa rasa bencinta ? '
Jika anda merupakan makhluk Tuhan yang masih lagi belum membaca, sila klik.
Dan ya, penulisan ketika itu amatlah naif. tak ada isi LANGSUNG.

Jadi, kembali ke tajuk.


Setelah berbulan bulan mencuba memikat temantapiringanringan anda, akhirnya tindakan anda itu berhasil.
Apa yang diimpikan dalam setiap mimpi basah anda akhirnya menjadi nyata dan berlaku di dunia realiti. Anda berasa anda sudah berada di awangan. Anda tidak peduli jika orang lain mengata anda.

Semua itu hanya cemburu semata mata. Kata hati anda.

Dan anda terus berbahagia bersama teman belum ringan ringan anda. Makan bersama, berjalan bersama, balik rumah bersama. Cuma, tidak tidur bersama. Mungkin jika ada peluang, direbut juga.

Sedaya upaya anda menunjukkan anda sayang padanya. Dan si dia begitu juga.
Jadi, segala bentuk komunikasi telah digunakan secara total. Sepenuhnya.
Facebook, Twitter, telefon rumah, telefon mak, telefon ayah, telefon sedara dan juga, pondok telefon. Tidak kurang juga walkie talkie. Pakcik polis punya.

Dan di Facebook pula, pelbagai cara dilakukan. Menghantar lagu, menghantar kiriman manja, mengirim gambar berdua bersama. Dan macam macam lagi. Manisan cinta katanya.

Dan anda berdua nampak sungguh bahagia.

Namun, pagi tak akan sampai ke malam.

Hubungan anda semakin retak.
Mungkin disebabkan orang ketiga, keempat atau kelima. Kerana lelaki boleh kahwin empat.

Ibarat retak menanti belah. Hari hari mendatang hanya dipenuhi dengan cakap cakap kasar antara satu sama lain. Bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Segala jenis meses yang telah dihantar, dipadam begitu sahaja tanpa berfikir dua tiga empat kali. Hadiah hadiah bantal busuk, kuncirantai tertera nama anda, dan segala barang yang melambangkan kenangan anda berdua bersama, menghuni tong sampah di hadapan rumah.



Akhirnya, anda berdua terpaksa berpisah.

Dan semestinya, ada di antara anda yang membaca, melalui saat getir ini.
Jadi, di sini, saya ingin tanya,

Apa rasa brekap ?







sebab saya tak pernah rasa.

Ahad, 3 Julai 2011

menunggu. dan terus balik. malas nak tunggu.

ha, bila jumlah pengikut nak meningkat ?

tak apa Adam, sabar separuh iman.
syukur dengan apa yang ada.

jangan tamak.

Sumpahan Kabus Di The Hills : BAB 3

APAKAH INI SEMUA ?


" ... dan kita baru sahaja melepasi Bukit Rambut Banyak Kutu. Harap anda enjoy dengan penerbangan ini. Nak loop the loop tak ? " , kata juruterbang di corong radio.

" Ha ?! " , jerit penumpang.

" Gurau. Heh. "

Azreen yang paling kuat menjerit hampir sahaja mahu memecahkan pintu kokpit bersama pramugara, pramugari, pramugaru dan penumpang yang lain.
Nasib baik juruterbang hanya bergurau semata mata.

Semua kembali reda. Reda walaupun banyak perkataan yang tidak boleh dinyatakan, dihamburkan dengan sukarela oleh penumpang penerbangan itu. Tidak terkecuali juga pramugara pranugari dan pramugaru sedang sibuk merancang sesuatu. Kepada juruterbang mungkin. Sesuatu yang agak kejam.

Azreen kembali duduk ke kerusinya.
Penumpang di sebelahnya masih tiada.
Mungkin sudah terjun. Takut mungkin.

Dan bekas lima jari di pipi Azreen masih lagi berbekas. Merah. Dia hanya mampu mengerling ke arah pramugara berwajah Siwan itu berserta sumpahan teragung yang diciptanya sendiri. Fleming.

---------

Rahayu masih lagi tidak sedar. Dan ia mendatangkan kebimbangan yang teramat kepada keluarganya.
Garisan hijau di skrin mesin itu ditenung dengan jiwa mendalam oleh Fauzi. (lupa nama )

hingga dia tidak perasan seluarnya terlucut akibat ditarik oleh penghadang katil.

Dia memerhatikan saja muka Rahayu. Tanpa syahwat. Dia terperasan sesuatu. Dia perasan dia hemsem.

Namun begitu, muka Rahayu kelihatan seperti penat.Sungguh penat.
Penat berjalan di dalam hutan.

---------

" Bila nak sampai ni ? " , kata Iqbal.

" Kejap la, kata nak bersiar siar dulu ? "

" Ye la, nak bersiar siar pun, ni dari pukul 5 pagi sampai 9 petang, tak jumpa hotel pun ? "

" Ada yang kena lempang ni. Tak apa, budak ", kata Faridah. Dengan menggigil kemarahan.

Mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka menemui sebuah banglo cantik yang tersergam indah. Masih terang dengan cahaya lampu.
Parti mungkin.

" Jom ke kita ke sana. "

" Ye ye ! Hotel ! "

Pang !

Tersenyum sahaja Faridah melihat telatah budak kecil yang tidak mengerti itu.

Sebaik memasuki banglo itu, suasana di dalamnya sepi. Hanya lampu yang bernyala terang.

" Siapa ?! " . Suara dari atas.

" Kami sesat. Kami nak pinjam telefon, nak hubungi keluarga kami "

" Sat ha "

Dan seorang lelaki tua berjanggut, bongkok kambing, bukan bongkok udang, bertongkat, turun dari tingkat atas.
Gaya pakaiannya umpama di tahun 50-an.

" Nama saya Cecil Ranking Junior "

Sabtu, 2 Julai 2011

Hari Terbuka.

Semalam, satu hari yang penuh peristiwa.

Membawa ibu bapa ke sekolah untuk berbincang dengan guru, bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Amat sukar.

Hingga ada yang tidak tidur malam memikirkan apa nasib yang akan menimpa mereka pada esok hari. Mungkin juga, selepas perbicaraan dari mata ke mata itu.

Banyak yang dibincangkan di antara ibu bapa dan penjaga. Kita yang berbaju putih ini, hanya duduk diam di sebelah tanpa berkata. Sesekali hanya mengangguk dan senyum.

Apa yang dibincangkan, hanya didengari dengan penuh teliti sambil hati berdebar.

Dan saya telah melepasi hari getir ini dengan jayanya tanpa kecederaan. Dan juga segala jenis bentuk jentikan atau kemarahan yang melampau.

Anda, bagaimana ?