Khamis, 27 Jun 2013

Cerita paling malas.

Pagi, dia di atas katil.

Tengah hari, masih lagi di atas katil, berselubung, berpeluh lagi, tapi masih di atas katil.

Malam, setia di atas katil, tunggu esok pagi.

Ahad, 16 Jun 2013

Hari Ayah!

Terima kasih ayah!

Sebab hantar tempat belajar mahal ni.

Sabtu, 15 Jun 2013

Sebab sebab penulis masih belum memiliki temantapiringanringan.

1. Ingin menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Dalam zaman mementingkan pendidikan ini, perhatian yang jitu amatlah diperlukan. Dan kadar yang ditetapkan perlulah tinggi. Bukan kadar panggilan terendah, kadar perhatian. Oleh itu, jika terlalu mencari temantapiringanringan, pasti pelajaran akan terganggu.

Kalau nak berjaya, banyak perkara perku dikorbankan.

Iyalah, yang bagi masa depan, pelajaran ke temantapiringanringan ?

Selasa, 4 Jun 2013

Erti tamak.

Ya adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, gadis-gadis semua.

Saya ada cerita.
Saya ada 3 novel tak habis baca dekat dalam bilik hostel. Saya tamak. Saya beli lagi satu.

Saya tamak. Saya gelojoh. Saya bajet orang putih baca buku dalam kapal terbang, tapi tak baca pun.

Saya tertinggal novel tu dalam kapal.

Saya menyesal.

Saya tamak.